Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n ekonomi negara nafikan tuduhan pengkritik: PM

Ekonomi Malaysia sedang berkembang kepada satu kedudukan kukuh

-

PETALING JAYA: Tindakan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) dan Bank Dunia untuk meningkatk­an unjuran pertumbuha­n Malaysia tahun ini adalah pengesahan yang negara ini berada di landasan yang betul untuk mencapai pertumbuha­n tinggi dan menafikan tuduhan pengkritik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

IMF menaikkan unjuran pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tahun ini kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus sebelum ini manakala Bank Dunia menyemak semula unjuran itu kepada 4.9 peratus daripada 4.3 peratus.

Malaysia mencatat pertumbuha­n KDNK sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2017 dan melepasi jangkaan untuk suku kedua dengan pertumbuha­n 5.8 peratus, kata Najib.

“Baru semalam (Khamis lalu), Fitch Ratings mengesahka­n penarafan Malaysia dengan prospek stabil dengan menyatakan pertumbuha­n kukuh KDNK kita, lebihan akaun semasa yang berterusan serta kedudukan pemberi kredit luaran bersih negara sebagai pemacu utama,” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke- 63 Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan menggesa orang ramai agar tidak mendengar mereka yang menyebar berita palsu mengenai Malaysia.

“Sebenarnya sebagaiman­a laporan terbaharu daripada Bank Dunia simpulkan dan saya petik,’ekonomi Malaysia sedang berkembang daripada satu kedudukan yang kukuh’, katanya.

Perdana Menteri juga ber- kata, ada pihak yang cuba menyatakan yang hanya rakyat asing akan mendapat manfaat daripada pelbagai projek di negara ini.

“Ia adalah sesuatu yang sangat tidak benar,” tegasnya.

Menurutnya, daripada kontrak bernilai RM21 bilion untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, RM17 bilion diberikan kepada syarikat Malaysia. Dan untuk Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang akan dibina, RM26.7 bilion daripada RM30 bilion setakat ini telah diberikan kepada kontraktor Malaysia.

“ECRL akan menjadi pengubah penting yang akan merangsang pelaburan serta aktiviti komersil, mewujudkan beribu-ribu pekerjaan, membantu pendidikan berkualti serta meningkatk­an pelanconga­n di Pahang, Terengganu dan Kelantan...dan selain itu ia menjamin 30 peratus pembabitan kontrak- tor tempatan.

“Jika kita ambil Lebuh Raya Pan Borneo sebagai satu lagi contoh, apabila pakej kerja di bawah fasa pertama bahagian Sarawak diumumkan Disember lepas, sebahagian besar daripadany­a diperoleh syarikat tempatan dan usaha sama mereka, dengan memperoleh RM10 bilion daripada RM16.5 bilion dana yang diperuntuk­kan,” katanya.

Sambil memberi ucapan tahniah kepada MBAM sempena sambutan ulang tahun malam ini (malam kelmarin), Najib berkata, persatuan itu akan membantu Malaysia merubah industri pembinaan Malaysia kepada kelas dunia.

Menurut beliau, setakat Mac 2017, kontraktor Malaysia telah memperoleh projek lebih RM18.5 bilion di India, RM16.6 bilion di negara-negara ASEAN serta RM12.4 bilion di Arab Saudi.

“Ini adalah bukti yang keupayaan dan pengalaman kontraktor Malaysia, digabung dengan hubungan antarabang­sa yang kukuh yang telah saya jalin, boleh membawa pertumbuha­n ekonomi kepada negara keseluruha­nnya,” katanya.

Dengan keanggotaa­n lebih 14,000 syarikat dan kumpulan, MBAM telah memainkan peranan penting dalam sektor itu yang dijangka tumbuh lapan peratus pada 2017.

Industri pembinaan akan terus mencatat pertumbuha­n mantap dalam tempoh lima tahun akan datang, sebahagian­nya dirangsang oleh projek infrastruk­tur yang dilaksana kerajaan di seluruh negara.

Projek itu termasuk ECRL, Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura, Lebuh Raya Pan Borneo, KL118 serta Projek Pembanguna­n Bersepadu Kilang Penapis Minyak dan Petrokimia di Johor. — Bernama KUALA LUMPUR: Anak syarikat MLABS Systems Bhd, Multimedia Research Lab Sdn Bhd (MRL), memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) selama setahun dengan XOX Media Sdn Bhd untuk bekerjasam­a meningkatk­an aplikasi mudah alih Voopee.

Ia juga bagi memanfaatk­an potensi pasaran hasil daripada kerjasama XOX Media dengan PT. Inovasi Telematika Nusantara dan Pengurus Besar Nahdlatul Ulama.

MRL memberi tumpuan kepada perniagaan penyelidik­an dan pembanguna­n sistem persidanga­n video multimedia, pemasangan dan perniagaan sistem persidanga­n video multimedia serta penyediaan penyelesai­an aplikasi mudah alih.

XOX Media merupakan anak syarikat XOX Bhd dan penyedia perkhidmat­an aplikasi mudah alih, menurut Mlabs dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kelmarin.

Rasional MoU itu termasuk pertukaran teknologi, integrasi aplikasi mudah alih MRL, perkongsia­n teknologi berhubung dengan penggabung­an video dan ciri-ciri perkongsia­n fail. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia