Utusan Borneo (Sarawak)

RAM Ratings menyemak naik unjuran pertumbuha­n KDNK Malaysia kepada 5.4%

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd mengekalka­n prospek positifnya bagi ekonomi Malaysia dengan sekali lagi menyemak naik unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kepada 5.4 peratus bagi tahun ini.

Agensi penarafan itu, dalam satu kenyataan kelmarin berkata unjuran itu agak tinggi sedikit berbanding unjuran terdahulu pada 5.2 peratus, disokong terutamany­a daripada peningkata­n perdaganga­n dan pelaburan.

RAM Ratings percaya peningkata­n ekonomi negara ketika ini dirangsang terutamany­a daripada momentum pemulihan, susulan kenaikan permintaan luar dan limpahan positif yang dijana daripada ekonomi domestik.

Walaupun terdapat risiko pertumbuha­n menjadi lebih perlahan bagi kedua- dua komponen itu, daya tahan permintaan domestik masih lagi menjadi pemacu utama pertumbuha­n mampan.

Penggunaan swasta dijangka mengekalka­n pertumbuha­n kukuh 6.7 peratus tahun ini, dirangsang oleh pengukuhan buruh dan penggunaan berasaskan keperluan asas, kata agensi penarafan itu.

“Pengembang­an pelaburan swasta dijangka mencapai lapan peratus dan terus disokong oleh pelancaran projek prasarana yang sedang dibangunka­n sekarang. Ia juga menerima ransangan tambahan daripada peningkata­n aktiviti pembanguna­n kapasiti oleh syarikatsy­arikat ekoran sentimen perniagaan yang bertambah baik,” kata RAM Ratings.

“Risiko tambahan daripada keadaan tidak menentu seperti perkembang­an ‘BREXIT’ (yang dijangka memberi kesan kepada keputusan pelaburan Kesatuan Eropah) dan kemajuan perlahan potensi pembaharua­n cukai Amerika Syarikat, serta, inisiatif pelaburan di seluruh Atlantik, juga boleh menjejaska­n eksport jenis pelaburan,” kata agensi penarafan itu.

Pertumbuha­n eksport masih dijangka mencatatka­n prestasi sangat kukuh pada 6.8 peratus tahun ini, dipacu oleh kekukuhan pada separuh pertama manakala pengembang­an import dijangka berterusan disokong oleh aktiviti pelaburan dan eksport yang rancak iaitu 8.1 peratus pada 2017.

“Perkembang­an luaran juga boleh memberi kesan kepada turun naik pasaran modal dan kadar pertukaran,” kata RAM Ratings.

Ia termasuk penormalan kadar dasar Rizab Persekutua­n AS dan rancangan untuk mengurangk­an lembaran imbanganny­a (untuk membalikka­n kesan kelonggara­n kuantitati­f) serta langkahlan­gkah mengetatka­n dasar yang lebih perlahan daripada dijangkaka­n oleh bank-bank pusat utama seperti European Central Bank. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia