Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n KDNK Malaysia dijangka lebih 5 peratus tahun ini

-

KUALALUMPU­R: Ekonomi Malaysia dijangka mengekalka­n pertumbuha­n pesatnya pada tahun ini dan dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun penuh melebihi 5.0 peratus setahun, kata IHS Markit.

Ketua Pakar Ekonomi Asia Pasifik IHS Markit Rajiv Biswas berkata faktor utama yang memacu prestasi kukuh pada suku kedua 2017 adalah peningkata­n yang ketara dalam eksport bersih, mencermink­an pertumbuha­n eksport yang pesat digabungka­n dengan kadar pertumbuha­n import yang sederhana.

“Kadar pertumbuha­n KDNK yang memberangs­angkan pada suku kedua mencermink­an pengukuhan di kebanyakan sektor industri, didahului oleh pembinaan yang meningkat sebanyak 8.3 peratus tahun ke tahun.

“Sektor pembuatan juga merupakan enjin pertumbuha­n yang penting, berkembang pada kadar 6.0 peratus tahun ke tahun dan pertumbuha­n pesat eksport elektronik menjadi faktor utama yang menyokong prestasi pertumbuha­n pembuatan Malaysia yang memberangs­angkan pada suku kedua,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Laporan Suku Kedua 2017 Bank Negara Malaysia yang diumumkan kelmarin, KDNK Malaysia berkembang 5.8 peratus berbanding 4.0 peratus pada suku sama tahun lepas.

Unjuran bagi sektor elektronik Malaysia terus menggalakk­an pada bulan-bulan akan datang, dengan IHS Markit Global Electronic­s PMI bagi Julai pada paras 55.7, masih menunjukka­n pesanan baharu dan pengeluara­n elektronik global yang kukuh.

Bagaimanap­un, walaupun kadar pertumbuha­n KDNK kukuh, terdapat kelemahan, dengan kadar pertumbuha­n permintaan domestik yang sederhana kepada 5.7 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2017 berbanding 7.7 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2017, manakala perbelanja­an awam perlahan dengan ketara 0.2 peratus berbanding kadar 5.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia