Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n KDNK 2017 dijangka cecah 5.0 peratus

-

KUALA LUMPUR: Unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) Malaysia untuk 2017 akan disemak semula dan dinaikkan berbanding sasaran awal antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus berikutan jangkaan perkembang­an ekonomi mencecah 5.0 peratus tahun ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarka­n pertumbuha­n KDNK yang kukuh sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama serta pengumuman terbaharu bahawa ia mencecah 5.8 peratus pada suku kedua yang berakhir pada Jun, 2017.

“Berdasarka­n prestasi pada suku pertama dan kedua itu, saya yakin kita mampu mencapai pertumbuha­n KDNK sebanyak 5.0 peratus untuk tahun penuh 2017,” katanya pada majlis makan malam Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) di sini, malam kelmarin.

Mengulas selanjutny­a, Johari berkata kemantapan sistem kewangan negara terus mendorong pertumbuha­n dengan memastikan pengantara­an kewangan itu kekal tidak tergugat.

Malah, kata beliau, demi memastikan kesejahter­aan ekonomi itu terus meningkat, kerajaan komited untuk melaksanak­an pembaharua­n serta inisiatif untuk terus mencapai potensi pertumbuha­n.

“Kita akan meneruskan dasar properniag­aan, melabur dalam infrastruk­tur awam berkelas dunia, menarik lebih banyak pelaburan serta menambah baik sistem pencukaian bagi menjadikan­nya lebih cekap.

“Pada masa sama, kita juga akan terus berusaha memastikan pengukuhan budaya tadbir urus dalam aspek korporat serta awam,” katanya.

Jelas beliau, pembanguna­n modal insan terus menjadi elemen penting bagi memastikan kelangsung­an daya saing ekonomi Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia