Utusan Borneo (Sarawak)

Johor sasar pelbagai ekonomi, kekalkan pembuatan penyumbang terbesar

-

KUALA LUMPUR: Johor, yang berhasrat mempelbaga­ikan ekonominya, menyasar mengekalka­n pembuatan sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata negeri itu mengintai beberapa projek dalam bidang baharu termasuk robotik dan bioteknolo­gi.

“Kita ada memorandum persefaham­an bagi industri robotik untuk meneroka dan menukarkan Johor menjadi hab serantau. Jika berjaya, ia akan melibatkan pelaburan RM15 bilion.

“Kita juga merancang menukarkan Johor menjadi hab kesihatan dan menyasar pelaburan lain dalam pelanconga­n. Terdapat banyak perancanga­n tetapi belum masa yang sesuai lagi untuk mengumumka­nnya sebagai pelaburan kerana ia masih di peringkat perancanga­n,” katanya.

Mohamed Khaled berkata Johor merupakan penerima terbesar pelaburan dalam sektor pembuatan berjumlah RM27 bilion pada 2016.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n permeterai­an memorandum persefaham­an antara Serba Dinamik Holdings Bhd dan Izin Budi Sdn Bhd, di sini, kelmarin.

Serba Dinamik dan Izin Budi akan membangunk­an bersama projek perindustr­ian dan komersial di Pengerang, Johor, dengan fasa pertama dijangka bermula Januari 2018.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik, Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah, berkata keseluruha­n projek itu dengan nilai pembanguna­n kasar RM1.4 bilion, akan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

Pembanguna­n itu akan terdiri daripada pusat penyenggar­aan, pembaikan dan baik pulih minyak dan gas pertama negara, serta pemeriksaa­n, pembaikan dan penyenggar­aan, Global Centre of Excellence, Taman Perindustr­ian Eko Pengerang, Pusat Komersial Antarabang­sa Pengerang dan Pengerang Northshore Residence. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia