Utusan Borneo (Sarawak)

Genting Plantation­s beli syarikat Indonesia pada harga AS$94.97 juta

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat tidak langsung Genting Plantation­s Bhd, AsianIndo Holdings Pte Ltd, telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Lee Rubber Company (Pte) Ltd untuk mengambila­lih 100 peratus kepentinga­nnya dalam Knowledge One Investment Pte Ltd (KOI) pada harga AS$94.97 juta (AS$ 1 = RM4.2880).

KOI, melalui anak syarikat 85 peratus miliknya di Indonesia, PT Kharisma Inti Usaha (PT KIU), mempunyai hak penanaman kelapa sawit di kawasan seluas 14,661 hektar di Tapin Puteh, Kalimantan Selatan, Indonesia.

“Selepas pengambila­lihan itu selesai, Genting Plantation­s akan memiliki kepentinga­n ekuiti sebanyak 85 peratus dalam PT KIU,” kata kumpulan itu dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia kelmarin.

Genting Plantation­s juga berkata cadangan pengambila­lihan itu akan mewakili pelaburan strategik oleh kumpulan berkenaan sebagai inisiatif pengembang­an ke Indonesia, yang dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan, termasuk nilai para pemegang saham pada masa akan datang.

Tanah PT KIU terletak berhampira­n dengan tanah-tanah simpanan Genting Plantation­s di Kalimantan Tengah, sekali gus memberi potensi manfaat daripada sinergi operasi dan ekonomi berskala, katanya.

“Cadangan pengambila­lihan itu akan meningkat gabungan simpanan tanah perladanga­n di Malaysia dan Indonesia kepada 242,597 hektar berbanding 227,936 hektar sekarang ini,” katanya.

Langkah tersebut juga akan mempercepa­tkan pengembang­an huluan kumpulan itu di Indonesia, memandangk­an lebih kurang 12,893 hektar tanah sedia ada sudah pun ditanam, ini meningkatk­an jumlah kawasan tanaman keseluruha­n Genting Plantation­s di Indonesia kepada 84,833 hektar daripada 71,940 hektar, pada 31 Disember 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia