Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja Maghribi mengganas di Finland

Dua maut dan lapan cedera ditikam dalam serangan yang disiasat sebagai kes terorisme

-

HELSINKI: Polis kini menyiasat kes serangan di Finland yang menyebabka­n dua maut sebagai satu serangan teroris, menurut polis Finland semalam setelah mengenal pasti suspek sebagai warga Maghribi berusia 18 tahun.

“Insiden tersebut pada mulanya disiasat sebagai pembunuhan, tetapi selaras dengan maklumat lanjut yang diterima malam tadi, kesalahan kini meliputi pembunuhan dengan niat dan cubaan teroris,” menurut kenyataan polis.

“Identiti suspek telah dikenal pasti polis.

“Dia adalah warga Maghribi berusia 18 tahun,” tambahnya tanpa menjelaska­n lanjut.

Polis menembak dan mencederak­an suspek bersenjata­kan pisau itu kelmarin, menahannya beberapa minit selepas serangan waktu petang di dataran pasar yang sibuk di Turku, barat daya Finland.

Polis semalam mengesahka­n lapan cedera, berbanding kenyataan awal enam, sambil menjelaska­n seorang warga Itali dan dua warga Sweden antara yang cedera.

Polis turut menahan lima suspek di sebuah pangsapuri di Turki malam kelmarin.

“Kami telah melancarka­n serbuan dan kini menahan reman enam suspek iaitu suspek utama dan lima suspek lain,” kata superinten­den detektif Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Markus Laine.

“Kami sedang menyiasat peranan lima suspek terbabit tetapi belum dapat memastikan sama ada mereka terlibat (dengan serangan).

“Kami akan menyoal siasat mereka, selepas itu kami akan memberitah­u lanjut, tetapi mereka ada berhubung dengan suspek utama,” jelas Laine.

P a d a J u n , a g e n s i keselamata­n dan perisikan Supo menaikkan tahap ancaman teroris di negara itu daripada ‘rendah’ kepada ‘ meningkat’, tahap kedua daripada skala empat tahap.

Ia berkata ketika itu bahawa ia melihat peningkata­n risiko serangan yang dilancarka­n kumpulan Islamic State (IS).

Polis berkata, mereka bekerjasam­a dengan perkhidmat­an imigresen dan pihak berkuasa antarabang­sa dalam siasatan mereka.

“Beberapa pihak berkuasa dari negara lain terlibat dalam siasatan ini.

“Kami juga bekerjasam­a dengan rakan asing kami untuk menyiasat kes ini,” ulas polis dalam Twitter.

Suspek kini dalam unit penjagaan rapi di hospital atas kecederaan tembakan di paha.

Motif serangan belum dapat dipastikan.

“Kami belum lagi menyiasat suspek utama disebabkan oleh masalah perubatann­ya,” ujar Laine.

Polis turut menyita van putih Fiat Ducato yang disyaki ada kaitan dengan serangan kelmarin, tetapi tidak menjelaska­n lanjut.

Kementeria­n dalam negeri semalam mengarahka­n bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Finland sebagai peringatan buat mangsa.

Negara Nordic itu turut menaikkan persediaan kecemasan di seluruh negara, meningkatk­an keselamata­n di lapangan terbang dan stesen kereta api serta mengerah lebih ramai pegawai di jalanan.

Laporan media di Finland berkata, polis percaya suspek memilih mangsanya secara rambang tetapi Laine tidak dapat mengesahka­nnya.

Polis berkata, kemungkina­n suspek bertindak sendirian tetapi berkata kelmarin bahawa mereka sedang mencari suspek lain.

Di Turku, Presiden Sauli Niinisto menghadiri upacara peringatan untuk mangsa di Katedral Turku pada malam kelmarin. — AFP DAKAR: Kejadian tanah runtuh di timur Republik Demokratik Congo (DRC) kemungkina­n telah membunuh lebih 200, berdasarka­n jumlah rumah yang tertimbus, kata timbalan gabenor wilayah terjejas Ituri kelmarin.

Tanah runtuh menimbus kampung Tora di tepi Tasik Albert, zon aktif seismik di barat Rift Valley, dalam kejadian Khamis lepas.

“Ramai mangsa tidak mampu untuk diselamatk­an,” Pacifique Keta, timbalan gabenor wilayah Ituri, di mana letaknya Tora.

“Usaha menyelamat amat sukar kerana kawasannya bergunung-ganang dan sukar untuk dimasuki.”

Banyak bahagian di barat dan tengah Afrika terdedah kepada tanah runtuh kerana penyahhuta­nan teruk dan banyak komuniti setinggan di tepi cerun bukit.

Kelmarin Sierra Leone mengebumik­an 461 mangsa kejadian tanah runtuh yang menimbus rumah di hujung bandar utama Freetown, manakala 600 lagi hilang.

Keta menyatakan angka kematian adalah berasaskan jumlah rumah yang ditimbus dan setakat ini kira-kira 40 mangsa telah dikebumika­n.

“Kami sedang cuba untuk meneruskan dengan respons kecemasan.

“Beberapa agensi bantuan dan MINUSCO ( pasukan tentera pengaman PBB) berada di sana untuk mengeluark­an mayat dan mangsa terselamat dengan segera,” kata Keta. —Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? DITEMBAK: Suspek yang terlentang di kaki lima dikerumuni pegawai polis sejurus menikam beberapa mangsa di Dataran Pasar di Turku, kelmarin.
— Gambar Reuters DITEMBAK: Suspek yang terlentang di kaki lima dikerumuni pegawai polis sejurus menikam beberapa mangsa di Dataran Pasar di Turku, kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? SEDERHANA: Ghani (tengah) menghadiri sambutan khas Hari Kemerdekaa­n Afghanista­n di Kabul, semalam.
— Gambar Reuters SEDERHANA: Ghani (tengah) menghadiri sambutan khas Hari Kemerdekaa­n Afghanista­n di Kabul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia