Utusan Borneo (Sarawak)

Xenophon senator ketujuh isu kerakyatan

-

MELBOURNE: Krisis yang membelengg­u Parlimen Australia semakin merebak selepas seorang senator utama bebas menjadi pihak ketujuh yang dirujuk pihak Parlimen kepada Mahkamah Tinggi bagi menentukan sekiranya dwikerakya­tannya membuatkan­nya tidak layak untuk berada dalam Parlimen.

Pengumuman Senator Nick Xenophon semalam bahawa beliau memiliki dua kerakyatan British muncul ketika masa depan kerajaan Perdana Menteri Malcolm Turnbull tergantung, dengan tanda tanya menyelubun­gi kelayakan anggota utama dalam kerajaanny­a dan perselisih­an tersebut mengancam keadaan sekiranya ia harus dilucutkan daripada majoriti satu kerusinya yang rapuh.

Majoriti tersebut telah berada dalam ancaman pada awal minggu ini selepas Timbalan Perdana Menteri Barnaby Joyce menyatakan beliau mungkin tidak layak sebagai Ahli Parlimen disebabkan oleh kerakyatan New Zealand berdasarka­n keturunan.

Ayahnya dilahirkan di New Zealand. Joyce kemudian melepaskan kerakyatan itu, namun sedang menunggu keputusan Mahkamah Tinggi, di samping beberapa ahli politik yang mempercaya­i bahawa mereka memiliki dua kerakyatan.

K r i s i s k e r a k y a t a n , berdasarka­n pada undangunda­ng berusia 116 tahun yang menuntut ahli perundanga­n yang dilantik hanya memiliki kerakyatan Australia, menggegark­an Parlimen Australia, melibatkan tiga anggota kerajaan, tiga Ahli Parlimen parti Green dan Xenophon.

Xenophon menyatakan semalam beliau telah menerima nasihat daripada Pejabat Dalam Negeri United Kingdom ( UK), di mana mereka menganggap­nya sebagai rakyat British luar bandar.

Senator itu yang dilahirkan di Adelaide, Australia, menyatakan ayahnya, Theodoros Xenophou, dilahirkan di Cyprus dan menetap di sana pada 1951.

Cyprus kekal sebagai wilayah jajahan British sehingga merdeka pada 1960.

“Ironinya di sini, ayah meninggalk­an Cyprus untuk melepaskan diri daripada pemerintah­an British,” katanya.

Xenophon menolak kerakyatan Greece yang diperolehi daripada ibunya, namun tidak menyedari beliau mungkin mempunyai kerakyatan British.

Dalam pada itu, Australia akan menyelaras tukaran matawang maya seperti Bitcoin dan memperkuku­h kuasa agensi perisikan kewanganny­a AUSTRAC dalam membantera­s kegiatan haram pengubahan wang dan penajaan terorisme.

Perubahan dibuat dua minggu selepas AUSTRAC membawa ke mahkamah bank terbesar di negara i tu, Komanwel, atas dakwaan serius pelanggara­n bersistema­tik undang-undang pengubahan wang dan penajaan terorisme. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia