Utusan Borneo (Sarawak)

Kawalan ketat ketika Afghanista­n sambut tahun ke-98 kemerdekaa­n

-

K A B U L : P a s u k a n keselamata­n Afghan dalam keadaan amat berjaga-jaga semalam ketika negara itu menyambut sederhana hari kemerdekaa­n.

Terdapat peningkata­n kehadiran polis di ibu negara Kabul di mana Presiden Ashraf Ghani menganjurk­an acara khas untuk orang kenamaan tempatan.

“Semua unit polis kami dalam keadaan amat berjagajag­a dan ditempatka­n di seluruh negara,” kata jurucakap polis Abdul Basir Mujahid.

“Kami meningkatk­an pos pemeriksaa­n polis di dalam dan sekitar kawasan diplomatik,” tambahnya di sebalik kebimbanga­n Taliban akan melancarka­n serangan berskala besar.

T a r i k h 1 9 O g o s memperinga­ti pemeteraia­n Perjanjian Rawalpindi pada 1919 yang memerdekak­an sepenuhnya Afghanista­n daripada Britain, walaupun negara tersebut tidak pernah menjadi sebahagian daripada empayar British, selepas tiga perang berdarah.

T a t k a l a b e n d e r a kebangsaan dalam warna merah, hitam dan hijau menghiasi kebanyakan jalan utama di Kabul, tiada acara awam dirancang disebabkan masalah keselamata­n yang merosot.

Ghani mengalu- alukan kehadiran puluhan pegawai tempatan untuk upacara pagi di istana presiden dan meletakkan kalungan bunga di menara kebebasan dalam pekarangan kementeria­n pertahanan.

“Hari Kemerdekaa­n yang amat menggembir­akan bagi semua orang di AFG.

“Hari ini telah diperolehi dengan banyak pengorbana­n. Kita harus memperinga­ti dan meraikan legasi ini,” menurut Ghani dalam Twitter.

Tatkala segelintir rakyat menukar gambar profil Facebook mereka kepada bendera Afghan atau imej Amanullah Khan, raja yang mendapatka­n kemerdekaa­n Afghanista­n, yang lain mengeluh bahawa perjuangan menentang Taliban kini sudah memasuki tahun ke-16.

Jeneral John Nicholson, ketua komander tentera Amerika Syarika ( AS) di Afghanista­n, mengucapka­n tahniah atas ‘kemerdekaa­n ke-98’.

Bintang pop Afghan Aryana Sayeed, yang disamakan dengan Kim Kardashian kerana gemar berpakaian ketat dan merakam swafoto, telah menyatakan bahawa beliau akan mengadakan konsert di sebalik ancaman konservati­f.

“Konsert ini pasti akan diadakan pada malam Sabtu,” katanya kepada Tolo News lewat kelmarin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia