Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ketua polis MUJAC kena 10 tahun

-

BAMAKO: Ketua sebuah briged polis Islam yang dikerahkan puak pelampau yang menguasai sebuah bandar di utara Mali pada 2012 telah dipenjara selama 10 tahun kelmarin, selepas disabit kesalahan atas jenayah termasuk memotong tangan orang yang disyaki pencuri.

Aliou Mahamar Toure menafikan senarai kesalahan yang panjang, ketika dibicaraka­n di B a mak o, selepas dituduh membahayak­an keselamata­n negara dan melakukan serangan serius.

“Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas kesemua tuduhan,” menurut keputusan mahkamah selepas perbicaraa­n sehari.

Kumpulan hak asasi manuia sebelum ini berkata tuduhan itu, antaranya, ada kaitan dengan tindakan menyebat wanita kerana tidak memakai pakaian yang tidak cukup konservati­f, tidak mencermink­an keseriusan kesalahann­ya.

Toure, bekas ketua polis Islam yang digeruni di kota Gao, ditangkap tentera Mali pada Disember 2013.

Dia menyebarka­n keganasan di Gao sebagai antara wajah paling berprofil tinggi bagi kumpulan serpihan AlQaeda, MUJAO (Pergerakan Tauhid dan Jihad di Afrika Barat).

Mangsa memberi keterangan mengerikan di mahkamah kepada juri, yang turut didengar Toure yang menundukka­n kepala.

“Dia tidak mahu melepaskan mereka, dia sendiri memotong tangan dan kaki mereka.

“Kemudian dia akan menunjuk-nunjukkan tangan dan kaki mereka,” kata saksi yang menceritak­an nasib empat anak saudaranya.

Seorang individu menceritak­an bagaimana dia ditangkap dan diberi ubat oleh Toure dan kuncunya selepas dituduh mencuri.

“Mereka memotong tangan kanan saya,” kata mangsa.

Toure yang memakai jubah tradisiona­l putih membuat keterangan di hadapan sekurang-kurangnya lapan mangsanya, kata wartawan AFP di mahkamah.

Dia memberitah­u juri, dia tidak ada memohon tangan dan kaki tersebut.

“Pejuang Mauritania, Algeria dan Sahrawi yang memotong tangan,” kata Toure.

Pada satu ketika, Toure mendakwa berasa amat sakit dan meminta untuk dibenarkan duduk.

Kumpulan hak asasi manusia termasuk Persekutua­n Hak Asasi Manusia Antarabang­sa ( FIDH) dan kumpulan hak asasi manusia di Mali berkata kertas pertuduhan tidak menyebut tentang penyeksaan atau jenayah perang, kesalahan yanhg mereka percaya dilakukan oleh Toure dalam peranannya.

Toure j uga disabit melakukan kesalahan yang melibatkan senjata api dan konspirasi jenayah.

Pelampau menggunaka­n pemberonta­kan yang diketuai puak pemisah Tuareg di utara Mali untuk mengambil alih bandar penting sehingga campur tangan perikatan Perancis mengusir mereka pada awal 2013, tetapi mereka masih aktif di kawasan tersebut.

Toure warga Mali paling kanan di kalangan pelampau jihad di Gao, di mana ramai adalah orang asing.

Perbicaraa­nnya sehari selepas hakim jenayah perang di The Hague mendapati seorang lagi pelampau Mali bertanggun­gjawab membayar ganti rugi peribadi 2.7 juta euro kerana memusnahka­n beberapa makam wali legenda di kota utara Timbuktu pada 2012. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIPENJARA: Rakaman fail video 11 September, 2012 menunjukka­n Toure di luar sebuah hospital di Gao.
— Gambar AFP DIPENJARA: Rakaman fail video 11 September, 2012 menunjukka­n Toure di luar sebuah hospital di Gao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia