Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Ohio dirakam tumbuk lelaki kulit hitam

-

CHICAGO: Pihak berkuasa Ohio sedang menyiasat kes penangkapa­n keras di mana seorang anggota polis dirakamkan menumbuk beberapa kali seorang lelaki kulit hitam.

Awal kelmarin, lebih tujuh juta menonton video dalam talian penangkapa­n tersebut yang dimuat naik ke dalam rangkaian sosial Facebook oleh saksi yang berada di tempat kejadian.

Pihak polis turut mengeluark­an rakaman kamera papan pemuka menunjukka­n Richard Hubbard, 25, dipaksa berbaring di atas tanah dengan seorang anggota polis yang menindihny­a bertindak menumbukny­a beberapa kali.

Dalam laporan awam mengenai insiden kelmarin, pihak polis menyatakan Hubbard melawan ketika ditahan.

Dia boleh dilihat melawan anggota polis tersebut, namun tidak menunjukka­n kekerasan.

“Keganasan dan penggunaan kekerasan dalam apa jua situasi menyinggun­g dan sukar untuk ditonton.

“Video mengenai insiden pagi kelmarin membangkit­kan kebimbanga­n serius,” menurut Datuk Bandar Euclid Kirsten Gail.

Anggota polis yang menumbuk Hubbard tidak dikenal pasti, namun American Civil Liberties Union (ACLU) menyatakan salah seorang anggota polis di tempat kejadian adalah Michael Amiott, yang terpaksa meletakkan jawatan daripada jabatan polis lain.

“Kita dikejutkan dengan kekejaman dalam video ini,” kata J. Bennett Guess, ketua cawangan Ohio ACLU.

Dalam perkembang­an berasingan di Washington, enam pegawai polis ditembak dalam kejadian sepanjang malam di negeri Florida dan Pennsylvan­ia, seorang daripadany­a maut.

Di bandar tengah Florida Kissimmee, dekat Walt Disney World Resort dan taman tema lain, pegawai polis Matthew Baxter maut dan sarjan Sam Howard tenat akibat ditembak, menurut ketua polis Jeff O’Dell dalam sidang akhbar awal semalam.

Para pegawai terbabit sedang memeriksa individu mencurigak­an di kawasan yang terkenal dengan aktiviti dadah sekitar jam 9.30 malam Jumaat.

Lima minit kemudian, pihak berkuasa menerima panggilan para pegawai terbabit telah ditembak.

Anggota pertama tiba di tempat kejadian menemui kedua- dua mangsa cedera parah di tengah jalan, kata O’Dell.

Sementara itu di bandar utara Florida Jacksonvil­le, para pegawai syerif yang menyahut panggilan cubaan bunuh diri lewat kelmarin berdepan seorang suspek yang melepaskan tembakan dengan raifal berkuasa tinggi, menurut pengarah polis Mike Bruno dalam sidang akhbar.

Dua pegawai terkena tembakan ketika berbalas tembakan, seorang pada kedua-dua belah tangan dan seorang lagi pada perut, kata Bruno.

Suspek kemudianny­a mati ditembak.

Selain itu, dua anggota polis negeri Pennsylvan­ia turut ditembak malam kelmarin, menurut agensi.

“Dua anggota ditembak dan suspek maut,” menurut kenyataan ringkas jurucakap Polis Negeri Pennsylvan­ia Melinda Bondarenka kepada ABC News.

Kedua- dua anggota dijangka selamat, menurut ABC mengenai kejadian di komuniti Fairchance, kirakira 100 kilometer selatan Pittsburgh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia