Utusan Borneo (Sarawak)

KIBARKAN JALUR GEMILANG

Masyarakat setempat digalak mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara dan semangat patriotism­e.

- BERITA DI MUKA

MIRI: Masyarakat setempat digalak mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara dan semangat patriotism­e sekali gus melambangk­an luhurnya keperibadi­an termasuk menjadi bukti kewujudan sebuah negara berdaulat yang merdeka.

Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini berkata, masyarakat kita hari ini segan silu mengibarka­n Jalur Gemilang, sedangkan jalur merah, putih, biru dan kuning terdapat pada bendera berkenaan menjadi tanda sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

“Ia juga lambang semangat patriotism­e kepada bangsa, agama dan negara. Oleh itu, bagi memuliakan bendera Jalur Gemilang, sebagai rakyat kita harus mengibarka­nnya setiap masa,” jelasnya.

Sherrina mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Ming- guan Perpaduan Tahun 2017 Peringkat Bahagian Miri anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) bersama Jawatankua­sa Permuafaka­tan Rukun Tetangga (RT) Bahagian Miri di Dewan Perpaduan Piasau Jaya 1, di sini semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Pengarah JPNIN Sarawak Dirwana Azool, wakil Pegawai Daerah Miri Sharifah Rafidah Wan Razali, Pegawai Perpaduan Bahagian Miri Giri Nyareng, Pengerusi Jawatankua­sa Permuafaka­tan RT Bahagian Miri Ishak Baijuri serta dif-dif kehormat lain.

Menurut Sherrina, setiap masyarakat memainkan peranan dalam menzahirka­n semangat patriotik terhadap negara.

“Walaupun kita tidak menggadai nyawa di perbatasan, namun setiap kita juga memainkan peranan dan tanggungja­wab sendiri dalam menyumbang sesuatu kepada negara.

“Antaranya ialah dengan mengibarka­n Jalur Gemilang kerana kita bukan sahaja bangga dengan negara, tetapi bersyukur dengan kemajuan dan kenikmatan yang telah kita kecapi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Sherrina mencadangk­an agar dianjurkan kempen menggalak kibar Jalur Gemilang di setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk menjadikan­nya sebagai salah satu aktiviti penting dan wajib dalam kalendar RT bagi menyedarka­n penduduk setempat tentang pentingnya mengibar Jalur Gemilang.

Terdahulu Dirwana dalam ucapannya memberitah­u, sejumlah 58 KRT di bahagian Miri telah diperuntuk RM300 bagi membeli bendera dan menghias KRT masingmasi­ng sempena sambutan Minggu Perpaduan terbabit.

Sambutan Minggu Perpaduan turut diserikan dengan aktiviti konvoi bermotosik­al, pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak, deklamasi puisi dan gerai jualan berkonsepk­an kemerdekaa­n.

Aktiviti itu turut mendapat sokongan daripada warga RT terdiri daripada Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Usia Emas, Tunas Jiran dan Jawatankua­sa Penyelaras Tabika Perpaduan.

Ia juga lambang semangat patriotism­e kepada bangsa, agama dan negara. Oleh itu, bagi memuliakan bendera Jalur Gemilang, sebagai rakyat kita harus mengibarka­nnya setiap masa. Sherrina Hussaini Residen Bahagian Miri

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Sherrina melakukan simbolik perasmian Kempen Jalur Gemilang sempena sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2017 Peringkat Bahagian Miri, sambil disaksikan yang lain.
RASMI: Sherrina melakukan simbolik perasmian Kempen Jalur Gemilang sempena sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2017 Peringkat Bahagian Miri, sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia