Utusan Borneo (Sarawak)

MAHASISWA DITAHAN BANTU SIASATAN KES PERGADUHAN

-

MIRI: Dua pelajar universiti swasta di sini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan berlaku di sebuah restoran makanan segera di Permyjaya awal pagi kelmarin.

Tangkapan ke atas kedua-dua suspek dibuat susulan aduan dibuat pengadu berusia 20 tahun dan merupakan adik kepada mangsa yang turut berada di tempat kejadian semasa pergaduhan berlaku.

Akibat pergaduhan berkenaan, abang pengadu berusia 20 tahun telah mengalami kecederaan di kepala dan mendapat rawatan pesakit luar manakala rakannya cedera di tangan semasa cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Menurut sumber, kejadian mula berlaku kira-kira jam 3 pagi kelmarin apabila pengadu, abang dan dua kawannya melepak di sebuah premis hiburan di pusat bandar.

“Tiba-tiba datang beberapa lelaki cuba mengajak bergaduh termasuk melontarka­n kata-kata kesat terhadap pengadu dan rakanrakan­nya.

“Pengadu bersama rakanrakan­nya terus keluar dari premis tersebut dan pergi ke sebuah premis hiburan di Permyjaya tetapi suspek mengikuti mereka dan masih mengajak bergaduh,” katanya.

Tidak mahu keadaan menjadi keruh, mereka sekali lagi berpindah ke restoran makanan segera di Permyjaya, tetapi ketika berada di situ, terjadi pergaduhan apabila suspek memukul abang pengadu menggunaka­n kayu di bahagian kepala sebanyak dua kali.

Dipercayai mangsa yang cedera merupakan warga India dan pelajar tahun pertama di universiti tersebut.

Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia