Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta api tergelinci­r di India

Nahas besar keempat pada tahun ini saksikan puluhan maut, cedera

- HIBURAN

NEW DELHI: Kru kecemasan memeriksa gerabak yang remuk semalam untuk mencari mangsa lain selepas satu nahas kereta api di utara India mengorbank­an 23 penumpang, kemalangan besar keempat pada tahun ini dalam rangkaian landasan kereta api yang usang.

Seramai 156 orang lagi cedera apabila 14 gerabak tergelinci­r dari landasan dalam daerah Muzaffarna­gar di negeri Uttar Pradesh, 130 kilometer dari New Delhi, pada petang kelmarin.

Gerabak dalam longgokan remuk selepas kereta api ekspres itu tergelinci­r dari landasan pada kelajuan 100 kilometer sejam, dan merempuh rumah berdekatan dan sebuah kolej.

Penyelamat menggunaka­n gergasi yang menggunaka­n kuasa gas semalam untuk mengumpil logam yang remuk dan memeriksa bangkai kereta api dengan anjing pengesan.

“Kami sedang memeriksa gerabak dengan terperinci bagi sebarang mangsa yang selamat atau mayat.

“Kami akan membersihk­an landasan pada hari ini,” kata ketua polis daerah Muzaffarna­gar Anant Dev.

Ramai orang pergi ke lokasi nahas untuk membantu mengeluark­an penumpang dari gerabak yang rosak, kebanyakan­nya terbalik dan robek.

Beberapa mangsa mengalami kecederaan yang serius tetapi ramai sudah dibenarkan pulang dari hospital selepas menerima rawatan, tambah Dev.

Kereta api ekspres UtkalKalin­ga meninggalk­an Puri, sebuah kota kuil di pantai timur India, pada petang Khamis lepas dan dijadual tiba di kota suci Hindu di utara, Haridwar, semalam.

Kerajaan mengarahka­n inkuiri ke atas nahas itu di tengah-tengah spekulasi bahawa kerja penyelengg­araan yang tidak mengikut jadual sedang dijalankan ketika itu.

“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang dakwaan.

“Penyelengg­araan dibuat sepanjang masa tetapi segalanya akan jelas selepas siasatan selesai,” kata seorang pegawai kereta api kanan yang enggan dikenali.

Seorang lagi pegawai kereta api, R.N. Singh, memberitah­u akhbar Press Trust of India, ‘kerja rutin’ sedang dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Penyiasat jenayah turut menyiasat sama ada ia melibatkan perbuatan khianat.

Rangkaian kereta api di India merupakan yang keempat terbesar di dunia dan masih menjadi bentuk perjalanan utama di negara yang besar dan luas itu, tetapi tidak dibiayai dengan baik dan kemalangan maut sering berlaku.

Pakar menyalahka­n pelaburan dan standard keselamata­n rendah atas kekerapan nahas kereta api.

Kejadian terbaharu ini merupakan nahas besar keempat pada tahun ini, menyusuli kemalangan di Uttar Pradesh pada November tahun lalu yang mengorbank­an 146 orang.

Pada Januari lalu, hampir 40 orang terbunuh apabila sebuah kereta api penumpang terbabas di negeri selatan Andhra Pradesh.

Satu laporan kerajaan pada 2012 menggambar­kan kematian 15,000 penumpang dalam nahas kereta api setiap tahun di India sebagai ‘ pembunuhan beramairam­ai’.

Perdana Menteri Narendra Modi sudah menjanjika­n AS$ 137 bilion ( RM616.5 juta) dalam tempoh lima tahun untuk memodenkan landasan kereta api yang usang dan kerajaanny­a sudah menandatan­gani banyak perjanjian menaik taraf dengan syarikat swasta.

Jepun bersetuju untuk menyediaka­n pinjaman sebanyak AS$ 12 bilion untuk membina kereta api peluru pertama di India, dan Modi serta Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dijangka memecah tanah projek pada September.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERGELINCI­R: Anggota polis dan kru kecemasan semalam menjalanka­n tugas di tempat kejadian yang menyaksika­n 14 gerabak terkeluar dari landasan pada malam kelmarin dekat Khatauli, Uttar Pradesh.
— Gambar AFP TERGELINCI­R: Anggota polis dan kru kecemasan semalam menjalanka­n tugas di tempat kejadian yang menyaksika­n 14 gerabak terkeluar dari landasan pada malam kelmarin dekat Khatauli, Uttar Pradesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia