Utusan Borneo (Sarawak)

Netflix‘Wolf Warriors 2’ antara 100 filem terlaris di dunia aksi

-

SELEPAS memecah rekod box-office di China, filem blockbuste­r patriotik ‘Wolf Warriors 2’ mencipta satu lagi sejarah apabila ia menjadi filem bukan Hollywood pertama yang memasuki kelompok 100 filem paling laris sepanjang zaman di seluruh dunia.

Jalan cerita filem aksi yang patriotik mengenai askar China yang menyelamat­kan orang Afrika yang dilanda peperangan daripada orang jahat dari dunia Barat itu telah bergema di negara China yang semakin yakin diri, dan filem itu pada minggu lepas mengaut pendapatan tertinggi sepanjang zaman di negara tersebut, tidak sampai dua minggu selepas ia dikeluarka­n.

Kekuatan resit domestik itu kini telah melonjakka­n filem itu ke dalam senarai 100 sepanjang zaman yang dikeluarka­n oleh pemantau industri, Box Office Mojo, di mana Rabu lepas ia mengetepik­an filem 1994 ‘Forrest Gump’ dari tempat No. 100.

Box Office Mojo berkata ‘Wolf Warriors 2’ mengaut AS$682.1 juta (RM3.07 bilion) di seluruh dunia, hampir kesemuanya dalam panggung China.

Namun ia kelihatan berkemungk­inan akan naik lebih tinggi lagi dalam senarai berkenaan – perangkaan terbaharu dari Rangkaian Maklumat Data Filem China yang rasmi menyebut ‘Wolf’ sudah pun mengaut 4.75 bilion yuan (RM3.2 bilion) dalam jualan domestik setakat Rabu lepas.

Ia meletakkan­nya hampir 10 tempat lagi lebih tinggi dalam senarai Box Office Mojo, dalam lingkungan ‘The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1’ dan ‘Dawn of the Planet of the Apes’.

Dengan kesan khas, aksi ngeri dan letupan yang setaraf dengan Hollywood, ‘Wolf’ berbangga dengan tagline yang memberi alamat buruk “sesiapa yang menyinggun­g China akan diburu tidak kira sejauh mana mereka berada”.

Ia menceritak­an tentang perjalanan fiksyen seorang bekas ejen pasukan khas China ke dalam sebuah zon perang yang tidak dinamakan di Afrika untuk menyelamat­kan rakan senegara dan penduduk tempatan yang tertindas daripada pemberonta­k dan askar upahan yang dahagakan darah dari dunia Barat.

Filem itu diarahkan oleh pakar seni pertahanan diri, Wu Jing, yang turut membawa watak utama Leng Feng, dan penamat yang mengujakan menyediaka­n pentas bagi filem ketiga dan, kemungkina­n besar, satu lagi habuan yang lumayan.

‘Wolf’ sedang menunggang gelombang semangat patriotik yang ditiup oleh Parti Komunis yang memerintah negara.

Musim panas ini turut menyaksika­n pengeluara­n filem ‘The Founding of an Army’, yang menceritak­an tentang asal usul Tentera Pembebasan Rakyat.

Pawagam di seluruh China telah diarah sejak 1 Julai lalu untuk menunjukka­n klip pendek yang mempromosi­kan “nilai-nilai teras sosialis” dan kredo politik “impian China” oleh Presiden Xi Jinping sebelum setiap filem.

Wu berkata dalam satu wawancara yang diterbitka­n Selasa lepas: “Saya hanya mengambil sebatang mancis sahaja dan menyala patriotism­e rakyat dengan satu percikan api.”

‘Wolf Warriors 2’ ada usaha untuk dibuat untuk naik ke tempat atas dalam senarai berkenaan, yang didahului ‘Avatar’ (2009) dengan AS$2.7 bilion (RM12.15 bilion), diikuti ‘Titanic’ (1997) dan ‘Star Wars: the Force Awakens’ (2015). — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ANTARA FILEM TERLARIS: Gambar fail bertarikh 7 Ogos 2017 ini menunjukka­n seorang wanita berdiri di sebelah poster filem ‘Wolf Warriors 2’ di Beijing. Filem blockbuste­r patriotik ‘Wolf Warriors 2’ mencipta satu lagi sejarah apabila ia menjadi filem...
— Gambar AFP ANTARA FILEM TERLARIS: Gambar fail bertarikh 7 Ogos 2017 ini menunjukka­n seorang wanita berdiri di sebelah poster filem ‘Wolf Warriors 2’ di Beijing. Filem blockbuste­r patriotik ‘Wolf Warriors 2’ mencipta satu lagi sejarah apabila ia menjadi filem...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia