Utusan Borneo (Sarawak)

KEBANGGAAN NEGARA!

Sultan Mizan raih dua pingat emas selain memecah rekod individu Sukan SEA 2017

-

SETIU: Kebanggaan negara dan rakyat!. Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda ‘Rtes Annaversar­y’ bukan sahaja berjaya meraih dua pingat emas tetapi juga mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu dan berpasukan.

Baginda yang memakai jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada jam 3 pagi semalam di Taman Endurance Antarabang­sa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini dan membenam rekod tiga jam lebih awal untuk menamatkan perlumbaan.

Baginda yang tiba di garisan penamat jam 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat meleburkan rekod atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Mohd Sulaiman Muda yang mencatatka­n enam jam 26 minit.

Jumlah purata kelajuan ialah 20:994 kilometer sejam.

Lebih istimewa penyertaan baginda adalah pertama kali dalam sejarah Sukan SEA.

Ketika ditemu bual secara eksklusif oleh Bernama selepas selesai acara itu, baginda melahirkan rasa syukur dan gembira atas kemenangan Malaysia dan menyifatka­n ia adalah hasil kerjasama semua pihak.

Sultan Mizan sempat berkongsi keserasian bersama kuda dari Australia itu dan dengan riak wajah ceria baginda menyatakan bahawa keserasian mereka telah wujud sejak lapan tahun lalu sehingga mampu melakar beberapa kemenangan dalam pelbagai kejohanan peringkat dunia sebelum ini.

Bagi menghadapi kejohanan tersebut baginda telah berlatih setiap hari tanpa mengambil mudah setiap cabaran yang bakal dihadapi walaupun TIEP umpama ‘padang permainan’ baginda.

“Untuk memasuki sukan ini ada beberapa mata yang perlu diambil kira sebelum terpilih untuk mewakili Malaysia… keinginan untuk mewakili negara ini berlaku secara kebetulan ekoran saya juga telah menceburi sukan ini.

Tuanku turut berkongsi ‘resipi’ sepanjang perlumbaan itu, dengan mengisi masa berbual bersama atlet Malaysia yang lain kerana masing-masing sentiasa seiring sejak awal pelepasan.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana semua selamat dan acara ini dapat dilakukan di negeri Terengganu serta mendapat sambutan,” titah baginda.

Selain itu baginda mengucapka­n tahniah kepada pasukan Malaysia, pengurus pasukan Che Mat Din Ismail, semua penunggang, groom kru, pembantu veterinar, pemasang ladam kuda dan semua yang terlibat bertungkus-lumus untuk memberi kejayaan kepada pasukan baginda.

Sultan Mizan bertitah, pada Mei tahun depan Terengganu bakal mengadakan Kejohanan Piala Kuda Lasak Asia dan baginda melahirkan harapan untuk menjadikan Terengganu sebagai lokasi perlumbaan Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia pada masa akan datang. — Bernama

SayaS bersyukur ke hadrat Allah keranakera­n semua selamat dan acara ini dapat dilakukan di negeri Terengganu­g . ” serta mendapat sambutan. Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Terengganu

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KEBANGGAAN: Sultan Mizan (kiri) bersama Mohd Bulkhairi Rozali dan Mohammad Fuad Hashim (kanan) meraikan kemenangan di garisan penamat perlumbaan 80 kilometer acara Kuda Lasak Sukan SEA ke 29 di Terengganu Internatio­nal Endurance Park, semalam.
— Gambar Bernama KEBANGGAAN: Sultan Mizan (kiri) bersama Mohd Bulkhairi Rozali dan Mohammad Fuad Hashim (kanan) meraikan kemenangan di garisan penamat perlumbaan 80 kilometer acara Kuda Lasak Sukan SEA ke 29 di Terengganu Internatio­nal Endurance Park, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia