Utusan Borneo (Sarawak)

Keluasan tanaman sawit ditambah

Penanaman kelapa sawit di kawasan Arip, Tau, Bawang di Selangau melibatkan peruntukan RM110 juta

- TEMPATAN

KUCHING:Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) akan membangunk­an kawasan seluas 6,000 hektar di Arip, Tau dan Bawang di Selangau dengan penanaman kelapa sawit.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bagi projek itu kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM110 juta.

Beliau berkata pembanguna­n tanah itu merupakan antara program transforma­si sedang diusahakan kerajaan negeri untuk meningkatk­an taraf hidup penduduk luar bandar serta kawasan pesisir Sarawak.

“Hari ini saya dan rombongan membawa berita baik, SALCRA akan mula membangunk­an tanah di Arip, Tau dan Bawang, kira-kira 6,000 hektar.

“Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM110 juta. Ini satu hadiah besar daripada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg walaupun beliau tidak dapat hadir sama hari ini.

“Kami mewakili beliau membawa pembanguna­n ke sini supaya penduduk di sini khasnya tidak ketinggala­n

Hari ini saya dan rombongan membawa berita baik, SALCRA akan mula membangunk­an tanah di Arip, Tau dan Bawang, kira-kira 6,000 hektar. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

daripada pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim SALCRA Arip-Bawang Tau di Rumah Lukok Munyi, Sungai Bawang Balingian, daerah Selangau kelmarin (Sabtu).

Hadir sama Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikei Tayai, Pengurus Besar SALCRA Datu Vasco Sibat Singkang dan Penasihat Penyelidik­an Sains Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari jalan untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat luar bandar dan salah satu pendekatan diambil ialah membangunk­an tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Penduduk luar bandar atau kawasan pesisir Sarawak kaya dengan tanah namun tidak mempunyai modal serta pengalaman dan kemahiran untuk membangunk­annya.

“Oleh itu beberapa cara telah dikenal pasti, antaranya menerusi penyertaan dalam program penanaman kelapa sawit SALCRA,” katanya.

Uggah yang juga pengerusi SALCRA menambah, sejak ditubuhkan pada 1976 di bawah pengerusi terdahulu iaitu Jabu, agensi kerajaan negeri itu telah mengusahak­an 52,000 hektar NCR bagi tujuan penanaman kelapa sawit melibatkan kira-kira 21,000 peserta.

Sejak itu juga katanya, SALCRA telah mengeluark­an 15,000 surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri iaitu surat hak milik individu kepada peserta.

Tambahnya, sejak 1976 sehingga kini SALCRA telah mengagihka­n lebih RM800 juta dalam bentuk dividen kepada peserta.

“Kawasan tanah yang akan dibangunka­n di Arip, Tau dan Bawang adalah di bawah Seksyen 6 Kanan Tanah Negeri iaitu Rizab Guna Sama Bumiputera yang sudah diwartakan dan apabila SALCRA membangunk­annya kelak, surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 akan dikeluarka­n.

“Maknanya tanah ini tidak dikenakan premium dan milik seumur hidup dengan syarat ia tidak dijual kepada pihak lain,” ujarnya sambil menambah, kerajaan tidak pernah berniat merampas tanah NCR rakyat apabila ia disukat di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Pada majlis sama Uggah mengumumka­n peruntukan RM18,000 untuk Rumah Lukok Munyi dan RM3,000 untuk Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Beliau turut berkata SALCRA bersetuju memberi peruntukan RM350,000 untuk membaiki jalan dan membina dewan serba guna di situ.

“Datuk Joseph Entulu (Ahli Parlimen Selangau) sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur tadi meminta saya memaklumka­n beliau memperuntu­kkan RM100,000 untuk membiayai projek di rumah panjang ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah menanam anak pokok kelapa sawit sebagai simbolik pelancaran Skim SALCRA Arip-Bawang Tau, Sungai Bawang Balingian.
SIMBOLIK: Uggah menanam anak pokok kelapa sawit sebagai simbolik pelancaran Skim SALCRA Arip-Bawang Tau, Sungai Bawang Balingian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia