Utusan Borneo (Sarawak)

Masih banyak rumah daif memerlukan perhatian

Masih terdapat keluarga terpinggir daripada terima bantuan kerana jentera k’jaan tidak sampai kepada mereka

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Masih banyak rumah dalam kategori daif di seluruh negara memerlukan perhatian dan bantuan kerajaan, kata Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.

Jelasnya masih terdapat keluarga terpinggir daripada menerima bantuan kerana jentera kerajaan tidak sampai kepada mereka.

“Selain itu, jumlah bantuan diterima juga tidak mencukupi untuk mereka memperbaik­i kerosakan kediaman sehingga dibiarkan uzur dan usang.

“Kita dapati rumah daif yang memerlukan bantuan sangat banyak. Biasanya kerajaan tidak dapat buat sebanyak yang diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa program baik pulih rumah di kampung Pujut Tanjung Batu semalam.

Beliau memberitah­u, menerusi program baik pulih rumah dilancarka­n Julai lalu di seluruh negara, kerajaan mahu usaha memperbaik­i kediaman rakyat miskin dipergiatk­an.

Untuk fasa pertama, sebanyak 150 rumah daif di seluruh negara akan diperbaiki menggunaka­n peruntukan RM10 juta.

Di Sarawak, sebanyak RM600,000 diperuntuk untuk memperbaik­i sebanyak 60 rumah daif.

“Dalam fasa pertama, 66 rumah telah siap dan 100 lebih dalam pelaksanaa­n,” jelasnya.

Zaki berkata program dilaksanak­an di bawah Strategi

Selain itu, jumlah bantuan diterima juga tidak mencukupi untuk mereka memperbaik­i kerosakan kediaman sehingga dibiarkan uzur dan usang. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof Ketua Pengarah ICU JPM

Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) melibatkan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kerja pembaikan dilakukan secara gotong-royong melibatkan penduduk kampung dan agensi kerajaan seperti bomba, polis dan tentera.

Peruntukan RM10,000 daripada ICU JPM digunakan untuk membeli barang bagi membaiki rumah.

“Dengan kaedah ini, kita dapat buat lebih banyak (kerja pembaikan). Program ini berterusan sehingga hujung tahun. Selagi peruntukan ada, kita akan laksanakan,” jelasnya.

Untuk permohonan, pihak ICU akan berhubung dengan pemimpin tempatan untuk mengenal pasti kediaman daif dalam kawasan mereka.

Peruntukan membina rumah baharu akan digunakan sekiranya kediaman uzur tidak dapat diperbaiki.

Zaki menambah, wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) dan pejabat sesihatan turut dijemput untuk program ini untuk permohonan bantuan dan pemeriksaa­n kesihatan.

Mengulas tentang program di Miri, kediaman Nuraini Hassan di Lorong 3 Kampung Pujut Tanjung Batu antara 10 rumah daif di Miri untuk diperbaiki.

Kediaman berusia 40 tahun ini didiami 12 orang termasuk enam anak berusia 10 hingga 25 tahun dan tiga cucu.

Hadir membantu ialah Ketua Kaum Usman Sulaiman, ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung, Rukun Tetangga dan anggota bomba.

 ??  ?? TINJAU: Ahmad Zaki (tiga kiri) ketika meninjau keadaan belakang rumah Nuraini di Kampung Pujut semalam.
TINJAU: Ahmad Zaki (tiga kiri) ketika meninjau keadaan belakang rumah Nuraini di Kampung Pujut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia