Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Bintulu rampas 5.15 gram dadah daripada warga asing

-

BINTULU: Polis Bintulu berjaya merampas 5.15 gram dadah jenis syabu dengan anggaran nilai RM3,000 daripada empat warga Indonesia dalam satu serbuan di Kilometer 138 Jalan Bintulu-Miri sekitar jam 4 petang Sabtu lalu.

Tangkapan disahkan Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zailanni Amit yang menyatakan bahawa tangkapan ke atas lelaki lingkungan umur 19 hingga 33 tahun berhampira­n perhentian bas di salah sebuah ladang kelapa sawit.

“Polis menahan suspek pertama di tepi perhentian bas dan menemui satu peket plastik lutsinar mengandung­i 25 tiub kekuningan berisi ketulan kristal dipercayai syabu dari poket sebelah kanan seluar jeans suspek,” katanya.

Jelasnya, tangkapan suspek pertama menjurus kepada penangkapa­n tiga lagi sus- pek didapati turut memiliki bahan terlarang itu tidak jauh dari lokasi suspek pertama diberkas.

Pemeriksaa­n lanjut mendapati semua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah bergiat aktif dalam sindiket pengedaran bahan terlarang itu sekitar kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Bintulu-Miri sejak setahun lalu.

“Modus operandi sindiket itu ialah pembeli dadah akan memasukkan duit ke dalam akaun yang dinyatakan oleh suspek sebelum bekalan dadah terbabit diletakkan di satu kawasan yang dijanjikan bagi diambil oleh pembeli,” jelasnya.

Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dengan sebatan tidak kurang daripada tiga kali dan tidak lebih sembilan kali.

Manakala tiga suspek lagi disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 kerana turut memiliki bahan terlarang itu.

Zailanni menasihati orang ramai agar melapor atau menghubung­i balai polis berdekatan sekiranya mengetahui sebarang kegiatan penyeludup­an dadah atau kes jenayah lain sekitar kediaman atau tempat mereka bekerja.

 ??  ?? DICEKUP: Wajah keempat-empat suspek pengedar dadah jenis syabu warga Indonesia ditahan polis di Kilometer 138, Jalan Bintulu-Miri, petang Sabtu lalu.
DICEKUP: Wajah keempat-empat suspek pengedar dadah jenis syabu warga Indonesia ditahan polis di Kilometer 138, Jalan Bintulu-Miri, petang Sabtu lalu.
 ??  ?? DIRAMPAS: Dadah jenis syabu berjaya dirampas daripada empat warga Indonesia dalam serbuan itu.
DIRAMPAS: Dadah jenis syabu berjaya dirampas daripada empat warga Indonesia dalam serbuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia