Utusan Borneo (Sarawak)

RM151,000 geran disalur kepada PIBG dan pengakap di Simunjan

-

SIMUNJAN: Sebanyak RM151,000 geran di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) Parlimen Batang Sadong disalurkan kepada enam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Simunjan.

Majlis penyerahan dana PMR itu disempurna­kan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri pada Majlis Penangguha­n Program Motivasi Kecemerlan­gan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan Mesra di sini semalam.

Beliau memberitah­u, geran itu bagi membantu persatuan terlibat menjalanka­n program kecemerlan­gan untuk pelajar selain digunakan untuk membaik pulih kemudahan di sekolah.

“Pada hari ini (semalam) kita menyampaik­an cek sumbangan PMR bagi Parlimen Batang Sadong kepada enam PIBG dan Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Simunjan keseluruha­n berjumlah RM151,000.

“Dengan geran PMR ini, saya berharap pihak PIBG dan sekolah dapat menjalanka­n program atau aktiviti bermanfaat untuk anak- anak kita selain digunakan untuk menaik taraf kemudahan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai geran itu, Nancy berkata bagi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sadong sebanyak RM10,000 bagi menjalanka­n Program Sandaran Pelajar Tingkatan 5 dan dana tahunan PIBG.

Bagi PIBG Sekolah Kebangsaan ( SK) Kepayang pula, katanya sebanyak RM13,000 disalurkan bagi menaik taraf dan baik pulih sekolah termasuk dana tahunan PIBG sekolah itu.

Selain itu, PIBG SK Keniong sebanyak RM30,000 yang merupakan sebahagian dana membina pagar sekolah dan dana tahunan PIBG.

PIBG SK Sungai Bulu/ Senangeh pula sebanyak RM23,000 bagi dana pembelian kanopi, kerusi dan meja serta dana tahunan.

“PIBG SK Haji Bujang Rangawan Putin pula sebanyak RM30,000 bagi dana menaik taraf dewan lama kepada kelas dan PIBG SK Terasi sebanyak RM30,000 bagi dana naik taraf kemudahan prasarana sekolah dan dana tahunan PIBG,” jelasnya.

Untuk Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Simunjan pula sebanyak RM15,000 bagi menjalanka­n program kepengakap­an pelajar di daerah Simunjan.

“Justeru, saya berharap dana yang telah disalurkan ini digunakan sebaik-baiknya demi manfaat anak-anak kita dan masa depan mereka,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris.

 ??  ?? APA KHABAR?: Nancy bersama Awla bersalaman dengan murid di kawasan Parlimen Batang Sadong sebaik tiba pada Majlis Penangguha­n Program Motivasi Kecemerlan­gan UPSR Daerah Simunjan.
APA KHABAR?: Nancy bersama Awla bersalaman dengan murid di kawasan Parlimen Batang Sadong sebaik tiba pada Majlis Penangguha­n Program Motivasi Kecemerlan­gan UPSR Daerah Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia