Utusan Borneo (Sarawak)

Perkongsia­n idea bijak lahir modal insan cemerlang: Harden

-

SRI AMAN: Perkongsia­n idea bijak antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat adalah resipi utama melahirkan modal insan cemerlang.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata perkongsia­n bijak itu langkah terbaik kerajaan menerusi Kementeria­n Pendidikan melaksanak­an penambahba­ikan ke arah melahirkan pelajar cemerlang.

“Penambahba­ikan itu bukan sahaja dalam bidang akademik iaitu penguasaan ilmu dan kemahiran malah bidang kokuriku- lum, sahsiah, adab serta spiritual seterusnya merelisasi­kan wawasan kerajaan melahirkan modal insan berkualiti.

“Justeru, sudah tiba masanya kita mengorak langkah dan bergerak seiring dengan memanfaatk­an segala keupayaan dan kepakaran dalam pelbagai peringkat,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak 2017 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata sesebuah institusi pendidikan kebiasaann­ya dinilai dan diukur berdasarka­n prestasi serta pencapaian dalam bidang penguasaan ilmu dan kemahiran pelajar menerusi peperiksaa­n awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.

“Petunjuk kedua dilihat menerusi keaktifan dan kejayaan penyertaan pelajar dalam bidang kokurikulu­m dan indikator ketiga dinilai berdasarka­n tahap pematuhan disiplin serta sahsiah pelajar sekolah tersebut,” jelasnya.

Bagaimanap­un, bagi memastikan kejayaan berterusan dan menyeluruh tahap disiplin tinggi amat diperlukan.

“Saya berharap tahap disiplin dapat dipertingk­at dengan kerjasama semua pihak, ibu bapa dan penjaga,” katanya.

Hadir sama wakil Pengarah Yayasan Sarawak Abdullah Abdul Gafor, Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Vivien Mujah serta yang lain.

Seramai 187 pelajar menerima Baucar Pakaian Seragam Sekolah 2017 melibatkan tiga sekolah menengah dan 11 sekolah rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia