Utusan Borneo (Sarawak)

K1M diminta jadi ‘wartawan komuniti’ bantu kongsi maklumat dengan rakyat

-

KUCHING: Komuniti 1Malaysia (K1M) diminta menjadi ‘wartawan komuniti’ dalam membantu Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak (JPMS) berkongsi maklumat dengan rakyat negeri ini.

Pengarah Penerangan Sarawak Abang Sardon Abang Hasyim berkata hal ini kerana warga K1M merupakan ejen yang dekat dengan rakyat khasnya di akar umbi sekali gus dapat memberi maklumat secara terus kepada masyarakat sekeliling.

Malah tegasnya, ahli K1M juga perlu menjadikan laman sosial Facebook sebagai platform untuk menyebar segala program dan pembanguna­n yang telah dilaksana oleh kerajaan untuk rakyat di kawasan mereka.

“Dengan cara ini warga K1M dapat menjadi wartawan komuniti yang menulis berita berimpak positif sekali gus memberi tanggapan baik rakyat terhadap usaha kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Kasih Parlimen Bandar Kuching anjuran Jabatan Penerangan Daerah Kuching yang disempurna­kan Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di sebuah hotel di sini semalam.

Sehubungan itu, Abang Sardon meminta jawatankua­sa di Pejabat Penerangan yang menjaga K1M untuk berhubung dengan setiap ahli K1M di negeri ini bagi mewujudkan akaun Facebook sebagai alat menyalurka­n maklumat.

“Kita mempunyai 235 K1M di seluruh Sarawak, sekurang-kurangnya setiap K1M mempunyai satu akaun Facebook masing-masing sebagai salah satu saluran untuk berkongsi maklumat berkaitan kerajaan.

“Saya berkata demikian kerana saya melihat K1M mampu menjadi satu gerakan yang dapat membawa perubahan tanggapan rakyat terhadap kerajaan dengan berkesan,” tambahnya.

Malah, beliau mendedahka­n bahawa jumlah K1M di seluruh negara kini hampir mencecah 2,000 yang mana warga komuniti ini mampu membawa perubahan besar dalam penyaluran maklumat kepada rakyat.

“Saya yakin 95 peratus daripada warga K1M mempunyai akaun laman sosial masing- masing dan ini boleh dimanfaatk­an demi kebaikan rakyat agar mereka mendapat maklumat tepat berkaitan program dan usaha yang dijalankan kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, Tan Kai berkata menerusi kerjasama erat antara JPMS dengan komuniti setempat, ia akan membawa impak positif dalam masyarakat di sesebuah kawasan.

Tegasnya, perpaduan antara rakyat merupakan elemen penting yang perlu dijaga dan untuk itu penyaluran maklumat tepat tentang kerajaan amatlah diperlukan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Tan Kai (belakang, tengah) ditemani Abang Sardon (empat kiri) merakam kenangan bersama pesara Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.
UNTUK ALBUM: Tan Kai (belakang, tengah) ditemani Abang Sardon (empat kiri) merakam kenangan bersama pesara Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia