Utusan Borneo (Sarawak)

Program pemvaksina­n disambung semula di lima kampung di Serembu

-

KUCHING: Program Pemvaksina­n Haiwan Kesayangan bagi mengawal wabak rabies akan disambung semula di lima kampung di kawasan Serembu.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak selaku Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri sambil berkata secara kumulatif, sebanyak 32,644 ekor haiwan kesayangan yang terdiri daripada 25,002 anjing, 7,597 kucing dan 45 haiwan lain telah divaksin.

“Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) juga meneruskan aktiviti penyiasata­n kes-kes berkaitan wabak rabies.

“Sebanyak 36,816 survelan aktif dan 962 survelan pasif untuk mengawal penularan wabak rabies telah dilakukan oleh JPVS di kawasan Serian, Kuching dan Sri Aman.

Menerusiny­a, sejumlah 210 sampel yang terdiri daripada 192 sampel anjing, 17 sampel kucing dan satu sampel kelawar yang telah diperolehi dari bahagian Kuching, Sri Aman, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Miri telah dihantar ke VRI, Ipoh untuk ujian virus rabies,” katanya.

Setakat ini, 36 sampel anjing dan enam sampel kucing dari bahagian Kuching, Serian dan Sri Aman telah disahkan positif daripada 180 keputusan sampel yang diterima.

Operasi bersepadu yang dikendalik­an oleh Kementeria­n Kerajaan Tempatan bersama JPVS juga telah menangkap 1,129 anjing terbiar di bahagian Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Samarahan dan Betong sebagai langkah mengawal populasi anjing terbiar bagi mengekang jangkitan wabak penyakit tersebut.

Pada masa yang sama JPVS turut mengingatk­an kepada semua pihak untuk mengelakka­n haiwan kesayangan mereka sama ada yang telah atau belum divaksin daripada bercampur dengan haiwan terbiar dan memerhati perubahan sikap daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah dan agresif.

Pihaknya menasihati jika terdapat sebarang kemungkina­n, hubungan Bilik Operasi Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di talian 082443991 / 446991 / 447960 bersedia untuk memberi sebarang laporan mengenai wabak tersebut.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga memaklumka­n bahawa sebanyak 19 kes gigitan baharu telah dilaporkan sehingga semalam iaitu tujuh kes dari bahagian Serian, tiga kes dari bahagian Sri Aman , lapan kes dari bahagian Kuching dan satu kes dari bahagian Samarahan.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan yang berlaku sejak 1 April tahun ini sehingga berita ini ditulis, berjumlah 2,728 kes.

Secara kumulatif juga, seramai 1,007 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies.

Pihaknya juga memaklumka­n bahawa bukan semua kes gigitan memerlukan suntikan vaksin antirabies.

“Setiap kes gigitan akan dinilai secara klinikal oleh pakar perubatan sebelum ditentukan sama ada vaksin diperlukan atau sebaliknya,” jelasnya.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memohon orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing dari tempoh 1 April 2017 hingga kini, segera membuat pemeriksaa­n di mana-mana fasiliti kesihatan terdekat.

Pada masa sama, orang ramai turut diingatkan agar sentiasa menghindar­i gigitan haiwan terutama anjing dan sekiranya digigit, perlu mengambil langkah pencegahan segera dengan mencuci bahagian luka tersebut.

Jika terkena gigitan gunakan sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit dan segera mendapatka­n rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan, ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia