Utusan Borneo (Sarawak)

SIC mudahkan perjumpaan, kembang perniagaan

Kemudahan canggih, dinamik, moden, terkini beri lonjakan positif kepada penduduk, kata Morshidi

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Pusat Inovasi Sarikei (SIC) merupakan pusat inovasi dinamik, menyediaka­n ruang kreatif dan suasana yang ideal, kemudahan teknologi maklumat kepada usahawan mengadakan perjumpaan dan mengembang­kan perniagaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata kewujudan kemudahan serba canggih, dinamik, moden dan terkini di SIC bakal memberi lonjakan positif dalam segala aspek kepada penduduk di sini.

“SIC Sarikei adalah yang pertama dilancarka­n di Sarawak. Selepas ini pada Oktober depan sebuah pusat serupa bakal dilancarka­n di Kuching.

“Langkah berterusan kerajaan mewujudkan lebih banyak kemudahan dan pusat seumpama ini merealisas­ikan matlamat melahirkan lebih ramai usahawan muda kreatif dan berdaya saing menggunaka­n kemudahan IT.

“Kerajaan melihat konsep perniagaan menggunaka­n kemudahan pintar dan IT banyak melahirkan usahawan berjaya dan berinovasi,” katanya pada lawatan kerja ke SIC Sarikei, semalam.

Pada majlis sama turut berlangsun­g penyerahan kunci SIC di antara iCube Innovation Sdn Bhd (Kuching) kepada Pejabat Residen Bahagian Sarikei.

Morshidi berkata kewujudan SIC selaras dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai usahawan digital pada masa depan.

“Langkah diambil kerajaan itu memastikan lebih banyak peluang perniagaan dapat diwujudkan kepada usahawan.

“Malah, pendekatan itu sebahagian usaha memberi ruang dan peluang kepada masyarakat menikmati taraf kehidupan lebih baik melalui bidang perniagaan.

“Melalui SIC, kita dapat menggabung usahawan kecil sekitar Sarikei dan secara tidak langsung tempat ini memudahkan mereka mempromosi dan menjual produk,” katanya.

Pusat ini menggunaka­n bekas bangunan pejabat daerah yang diubah suai menyediaka­n pelbagai kemudahan dan memberi ruang perniagaan usahawan tempatan.

Di SIC pelbagai kemudahan disediakan seperti dewan, ruang niaga, kemudahan WiFi, bilik mesyuarat, kemudahan sistem siar raya dan banyak lagi kemudahan lain.

Hadir sama Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri Dr Anthony Valentine Laiseh, Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii, Pengerusi iCube Innovation Sdn Bhd Datuk Patrick Liew dan Pegawai Daerah Tanjung Manis Udin Bujang.

SIC Sarikei adalah yang pertama dilancarka­n di Sarawak. Selepas ini pada Oktober depan sebuah pusat serupa bakal dilancarka­n di Kuching. Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani Setiausaha Kerajaan Negeri

 ??  ?? JUARA: Pandi (empat kiri) menyampaik­an hadiah wang tunai RM10,000 dan hadiah iringan lain kepada Azemi (empat kanan) yang muncul juara Joran Merdeka 2017 anjuran PAVB sambil disaksikan ahli majlis tertinggi PAVB semalam.
JUARA: Pandi (empat kiri) menyampaik­an hadiah wang tunai RM10,000 dan hadiah iringan lain kepada Azemi (empat kanan) yang muncul juara Joran Merdeka 2017 anjuran PAVB sambil disaksikan ahli majlis tertinggi PAVB semalam.
 ??  ?? KEMUDAHAN: Patrick (dua kiri) menyampaik­an repilika kunci SIC Sarikei kepada Mohamad (empat kiri) sambil disaksikan Morshidi (tiga kiri), Dr Anthony (kiri) dan Huang di Sarikei semalam.
KEMUDAHAN: Patrick (dua kiri) menyampaik­an repilika kunci SIC Sarikei kepada Mohamad (empat kiri) sambil disaksikan Morshidi (tiga kiri), Dr Anthony (kiri) dan Huang di Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia