Utusan Borneo (Sarawak)

Azemi juara Joran Merdeka 2017

-

BINTULU: Azemi Mahli meraih juara sekali gus menerima habuan wang tunai RM10,000, peralatan memancing dan beberapa hadiah iringan lain setelah berjaya mendarat ikan pari seberat 2.080 kilogram (kg) untuk tangkapan terberat Pertanding­an Joran Merdeka (Menyilem Latik) 2017 yang berlangsun­g dari jam 8.30 hingga 3 petang di Tebingan Promenade Bintulu petang semalam.

Manakala tempat kedua disandang Safri Mamat dengan berat tangkapan 1.480kg sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan lainnya.

Diikuti tempat ketiga pula menjadi milik Rizal Razali yang berjaya mendarat ikan seberat 1.230kg dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Tempat keempat dan kelima pula masing-masing disandang oleh Iswandi Sahrum dan Saifuddin Daud dengan berat tangkapan 0.880 gram dan 0.840 gram sekali gus menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM300.

Pertanding­an itu merupakan anjuran Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB)) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bintulu.

Tempat keenam hingga ke10 yang masing-masingnya menerima RM100 dan tempat ke-11 hingga ke-20 menerima RM50 turut menerima hadiah masing-masing daripada pihak penganjur.

Hadiah- hadiah kepada pemenang telah disampaika­n oleh Presiden PAVB Pandi Suhaili, Timbalan Presidenny­a Mohammad Shamad Ahmad, Naib Presiden Yusuff Ali dan Setiausaha Agungnya Ismawi Ishak.

Joran Merdeka merupakan aktiviti sampingan sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak yang berpusat di Bintulu 31 Ogos ini.

Seramai 300 peserta dari Bintulu, Kuching, Miri, Limbang, Sibu, Mukah dan Semenanjun­g Malaysia menyertai pertanding­an itu. Aktiviti lain yang turut diadakan ialah cabutan bertuah untuk para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia