Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Kempen Derma Darah pada 26 Ogos ini

-

SIBU: Orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa menjayakan Kempen Derma Darah bagi membantu Bank Darah Sibu menampung bekalan darah ketika ini.

Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee berkata, pada 26 Ogos (Sabtu) ini, Kelab Sukan Pejabat Residen dan Daerah (RANDO) Sibu dengan kerjasama Persatuan Wartawan Sibu (SJA) akan menganjurk­an Kempen Derma Darah di Star Mega Mall, bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Menurut Hii, mereka menyasarka­n kira-kira 50 hingga 70 penderma akan tampil menderma darah pada hari tersebut.

“Sehubungan itu, kami menyeru orang ramai tampil menderma darah bagi membantu menambah bekalan darah untuk Bank Darah Sibu yang akan digunakan untuk menyelamat­kan nyawa.

“Kami menyasarka­n sekurang- kurangnya 50 hingga 70 orang akan tampil menderma darah pada hari tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Residen Sibu di sini, petang Jumaat lalu.

Hadir sama pengerusi penganjur kempen Earl Anek, Pengerusi SJA Watt Zacchaeus, Setiausaha SJA Florence Genta dan Bendahari SJA Yii Souk Ming.

Sementara itu, Earl yang juga timbalan pengerusi SJA berkata kempen derma darah itu merupakan antara salah satu tanggungja­wab sosial SJA.

“Kempen ini diharap akan mendekatka­n lagi hubungan SJA dengan masyarakat di Sibu,” katanya.

Beliau menambah, kempen juga mendapat kerjasama daripada Star Mega Mall dan Hua Kiong Rice.

Ujarnya, kempen berkenaan akan dirasmikan oleh Residen Sibu Hii Chang Kee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia