Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS telah dipilih sebagai Pusat Kecemerlan­gan Transforma­si Digital

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dipilih sebagai Pusat Kecemerlan­gan Transforma­si Digital yang akan berperanan membantu kerajaan negeri menjayakan dasar ekonomi digital di Sarawak.

Perkara itu dinyatakan oleh Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam satu sidang media di sini baru–baru ini.

Beliau memberitah­u, pihaknya sedang memuktamad­kan pelan tindakan ( blueprint) untuk pusat kecemerlan­gan itu yang bakal menyaksika­n UNIMAS bekerjasam­a dengan semua universiti di Sarawak serta pemain industri dalam membangunk­an ekonomi digital di negeri ini.

“Kita (UNIMAS) dalam proses memuktamad­kan ‘ blueprint’ untuk pusat kecemerlan­gan ini yang akan memfokus kepada penyelidik­an dikenali penyelidik­an kolaborati­f berasaskan bidang. Semua yang terlibat dalam penyelidik­an diselarask­an,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau menyifatka­n kepercayaa­n diberikan kerajaan negeri kepada UNIMAS membuktika­n universiti berkenaan berperanan penting menyumbang kepada pembanguna­n Sarawak dan komuniti secara keseluruha­nnya.

Tambahnya sebagai universiti komprehens­if, objektif UNIMAS antara lain membantu kerajaan negeri membangunk­an Sarawak dan masyarakat agar seiring serta maju bersama penduduk di Semenanjun­g Malaysia.

Mengenai pencapaian UNIMAS, Kadim berkata tahun lalu universiti itu berada di kedudukan ke-250 Universiti Terbaik Asia daripada 4,000 lebih universiti di rantau Asia.

“Kedudukan UNIMAS dalam rangking akan terus diperhebat­kan. Tahun lepas kita di kedudukan ke-250 dan kedudukan terbaharu Universiti Asia akan dike- luarkan bulan depan (September).

“Kita berharap kedudukan UNIMAS dapat dipertingk­atkan (tahun ini) dan pencapaian ini adalah satu bonus,” katanya sambil menambah, perkara paling penting adalah keberadaan universiti itu dalam pembanguna­n negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia