Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Sungai Midin dapat bekalan air tidak lama lagi

-

KUCHING: ‘ Derita’ air Kampung Sungai Midin, Samariang di sini akan berakhir tidak lama lagi selepas kerajaan meluluskan untuk menyalur bekalan air bersih ke rumah-rumah di kampung tersebut.

Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pihaknya kini dalam proses rundingan bersama Lembaga Air Kuching (LAK) selaku agensi bertanggun­gjawab bagi mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek bekalan air bersih itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu memberitah­u, penantian yang bakal berakhir itu akan memberi kelegaan kepada kira-kira 400 penduduk kampung melibatkan 300 rumah yang telah mendiami kawasan tersebut sejak 18 tahun lalu.

“Kampung kita dah disambungk­an dengan bekalan elektrik dan kita berasa amat gembira sekali. Lebih-lebih lagi selepas ini kemudahan asas bekalan air bersih juga akan disambung ke sini.

“Saya telah mengadakan rundingan dengan pihak LAK untuk memasang paip air, ia akan memakan sedikit masa sebab perlu menunggu peruntukan tapi ini sudah memberi gambaran, kampung kita juga akan mendapat sambungan air ini dan dapat disiapkan sepenuhnya pada hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penangguha­n Majlis Tautan Kasih Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Midin 2017 di Kampung Sungai Midin di sini, semalam.

Tambahnya, selain kemudahan elektrik dan air, Rumah Mesra Rakyat (RMR) Fasa 1 Kampung Sungai Midin juga telah siap malah kunci juga telah diserahkan kepada para penduduk.

Penduduk kampung itu, sejak dahulu sehingga kini hanya bergantung kepada meter air milik LAK yang berada di kawasan jalan utama dan mengambil air tersebut untuk kegunaan harian mereka.

Jelas beliau, inisiatif menyediaka­n kemudahan asas itu adalah bukti jelas keprihatin­an kerajaan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat.

“Ini semua adalah hasil kerja keras kerajaan dan ia hanya dapat dilaksanak­an apabila kita semua bersatu hati menyokong apa yang bagus,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia