Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi k’jaan disaran bekerjasam­a dengan wakil rakyat permudah pembanguna­n

- Oleh Frankie Junau

BASI, Skrang: Agensi kerajaan disaran menjalin kerjasama erat dengan wakil rakyat untuk mempermuda­h serta melancarka­n sesuatu projek pembanguna­n.

Ahli Dewan Undangan negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata kerjasama utuh kedua-dua pihak menjamin kelancaran perjalanan pembanguna­n di sesuatu kawasan mengikut jadual yang mana agensi kerajaan bertindak sebagai agensi pelaksana dan pemantau projek.

“Ini kerana sebarang kelewatan mahupun kegagalan projek pembanguna­n siap mengikut jadual bukan sahaja menjejaska­n perjalanan projek malah rakyat harus menunggu tempoh yang panjang untuk menikmati manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Pondok dan Jeti Jalan Kubur Kristian Basi Ili di Rumah Tengak Gawing, Basi Ili, Skrang di sini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak.

Tambahnya, kegagalan pihak kontraktor yang dilantik dan agensi kerajaan yang diberi amanah memantau perjalanan projek secara tidak langsung turut memberi kesan kepada prestasi wakil rakyat yang akan dituduh gagal menjalanka­n tanggungja­wab kepada rakyat.

Mengenai BELB tersebut, Dr Rayong bahawa ia adalah hadiah paling istimewa kepada rakyat di kawasan Batang Ai Ili dan DUN Engkilili khasnya kerana setia menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) dari dahulu hingga kini.

“Saya cukup teruja apabila hampir kesemua rumah panjang dan sekolah di Batang Ai Ili ini sudah menikmati bekalan elektrik 24 jam yang dahulu tidak ramai menjangkak­an dan dianggap sesuatu yang mustahil oleh segelintir individu.

“Ia adalah hasil usaha keras saya sebagai ADUN Engkilili dan (Datuk) William yang bekerja keras bertemu menteri berkaitan di peringkat negeri dan pusat agar menyediaka­n dana untuk membiayai kerjakerja penyambung­an bekalan elektrik tersebut,” katanya dan menambah, kini kawasan Batang Ai Ili sudah menikmati pembanguna­n seperti yang dinikmati masyarakat bandar.

Sehubungan itu, Dr Rayong menyaranka­n agar semua agensi kerajaan tidak mengambil peluang mendakwa kejayaan sesuatu projek adalah hasil usaha mereka tanpa menyebut dari mana dan siapa yang mencari dana untuk membiayai sesuatu projek.

Bercakapla­njut, beliaumeng­ajak rakyat terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dalam mengemudi negeri ini ke persada lebih tinggi.

“Usah ragui kepimpinan beliau kerana sebagai pemimpin veteran dalam arena politik negeri pastinya Abang Johari mempunyai jawapan kepada setiap permasalah­an dan denyutan nadi rakyat negeri Sarawak,” katanya.

Katanya, biarpun masih baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negeri daripada Allahyarha­m Tok Nan namun beliau sudah mempunyai beberapa Indeks Pencapaian Prestasi ( KPI) sendiri antaranya menubuhkan syarikat gas dan minyak negeri dikenali Petros, menubuhkan Bank Pembanguna­n Sarawak, mengambil alih Empangan Bakun, mewujudkan kementeria­n pendidikan yang memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi serta vokasional, ekonomi digital selain meneruskan misi dan visi Tok Nan yang mesra pembanguna­n luar bandar.

“Maka itu, saya merayu kepada rakyat khususnya pengundi agar terus memberi kepercayaa­n kepada BN terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk memberi mandat kukuh kepada Abang Johari di peringkat negeri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat persekutua­n,” tegasnya.

Sementara itu, Nyalau yang turut berucap mengajak rakyat tidak mempercaya­i dakyah yang dimainkan segelintir individu terutama di media sosial yang belum tentu kesahihann­ya.

“Mereka ini hanya galak dan berminat kepada isu-isu negatif yang akan diputar belit dengan meletakkan semua kesalahan itu di bahu wakil rakyat walaupun tahu ia hanya spekulasi sahaja.

“Jangan terpengaru­h dengan idea golongan ini kerana mereka ibarat ‘ pendekar kedai kopi’ kerana yang bekerja keras menyalurka­n pembanguna­n adalah wakil rakyat yang tanpa jemu berjuang demi pembanguna­n mapan di kawasan masingmasi­ng,” ujarnya.

Pada majlis tersebut Dr Rayong dan Nyalau mengumumka­n pemberian geran MRP kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Tengak masing-masing bernilai RM7,000 manakala Biro wanita mendapat RM5,000 dan RM3,000.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah wakil Syarikat SESCo Berhad Nicholas Mambang, penghulu, kaunselor, kapitan, wakil-wakil parti politik, tuai rumah serta penduduk di sekitar Batang Ai Ili.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai simbolik perasmian Bekalan Elektrik Luar Bandar, Pondok dan Jeti Jalan Kubur Kristian Basi Ili di Rumah Tengak Gawing, Basi Ili, Skrang semalam. Turut kelihatan Nyalau dan Tengak (kanan).
SIMBOLIK: Dr Rayong menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai simbolik perasmian Bekalan Elektrik Luar Bandar, Pondok dan Jeti Jalan Kubur Kristian Basi Ili di Rumah Tengak Gawing, Basi Ili, Skrang semalam. Turut kelihatan Nyalau dan Tengak (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia