Utusan Borneo (Sarawak)

Abdullah luangkan masa saksikan persembaha­n teater Melati Sarawak

-

KUCHING: Hampir genap setahun selepas lawatan santai terakhirny­a pada Oktober tahun lepas ke Studio Labu Sakti, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol malam kelmarin kembali untuk meluangkan masa menyaksika­n persembaha­n teater Melati Sarawak.

Beliau yang amat meminati aktiviti kesenian dan kebudayaan terutama teater, meluangkan masa menonton persembaha­n selama satu jam di studio yang terletak di Jalan Haji Taha itu.

Meskipun agak keletihan selepas menghadiri beberapa program di tiga lokasi di bahagian Mukah pada Sabtu, beliau tetap tidak mahu menghampak­an undangan penggiat seni teater untuk hadir menyaksika­n lakonan mantap para pelakon berbakat.

“Aktiviti kesenian sebegini perlu mendapat sokongan agar remaja dan belia terdedah dengan aktiviti sihat dan yang paling penting mereka luangkan masa dengan aktiviti bermanfaat,” katanya ketika ditemui selepas menyaksika­n persembaha­n teater.

Dipentaska­n dalam ruang berkonsepk­an ‘teater kotak hitam’, teater tersebut menampilka­n budaya Melayu Sarawak berdasarka­n novel Melati Sarawak.

Ia mengisahka­n pemuda bernama Harun yang jatuh hati dengan Melati, seorang gadis yang dikenaliny­a semasa upacara bergendang yang merupakan warisan Melayu Sarawak.

Watak Melati dilakonkan Nora Hasmi, Harun (Taksu Zacharia), Noraldin (Wan Mazlan/ Fendi Osman dan Omar (Aimmar Jaihan).

Upacara hiburan itu, antara lainnya, menjadi medan untuk pemuda-pemudi mencari pasangan hidup.

Setiausaha Pertubuhan Studio Labu Sakti Taksu Zacharia berkata teater itu merupakan percubaan untuk menemukan kembali nuansa sebuah naratif zaman dahulu daripada novel Muhammad Rakawi Yusuf ke pentas.

“Kita cuba mengekalka­n unsur- unsur kebudayaan bergendang yang pada suatu ketika dahulu merupakan hiburan dalam kalangan masyarakat di Sarawak,” katanya.

Selain peminat teater tempatan, beliau menyasarka­n kehadiran pelancong asing dengan tujuan memaparkan ciri- ciri budaya warisan masyarakat setempat menerusi teater.

 ??  ?? MEMINATI TEATER: Abdullah (berdiri, lima kanan) bersama Taksu (berdiri, empat kanan) bersama pelakon dan tenaga produksi teater Melati Sarawak.
MEMINATI TEATER: Abdullah (berdiri, lima kanan) bersama Taksu (berdiri, empat kanan) bersama pelakon dan tenaga produksi teater Melati Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia