Utusan Borneo (Sarawak)

HDC serah surat tawaran program RMR kepada 26 peserta

-

SIBU: Perbadanan Pembanguna­n Perumahan ( HDC) menyampaik­an surat tawaran program Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada 26 peserta dari Sibu dan tiga peserta dari Kapit semalam.

Majlis ringkas penyerahan surat tawaran itu berlangsun­g di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri ( DUN) Nangka di Jalan Bandong di sini.

Penyampaia­n surat tawaran kepada penerima dilakukan oleh Pegawai Perhubunga­n Awam HDC Ali Omar Su’ut.

Menurut Ali, ia menjadi projek RMR pertama di Sibu.

“Projek ini dilaksanak­an dalam dua cara iaitu pemo- hon individu mempunyai tanah sendiri dan melalui skim pembesaran kampung dilaksanak­an di atas tanah diperuntuk­kan kerajaan berdasarka­n kawasan dikenal pasti melalui Jabatan Tanah dan Survei Negeri.

“Sekiranya mereka terima tawaran ini (peringkat cadangan) khususnya pemohon di Sibu, ia menjadi projek RMR pertama di sini,” katanya sambil menambah RMR individu dan melalui skim pembesaran kampung belum pernah dilaksanak­an di sini.

Pada majlis itu, penerima turut dimaklum sama ada setuju atau tidak menerima tawaran tersebut.

“Oleh itu, peserta perlu melengkapk­an borang di- sediakan oleh HDC dan diserah dalam tempoh terdekat,” jelasnya kepada peserta yang hadir.

Salah seorang pemohon dari Sibu, Mayzatul Ismam Yahaya, 36, berkata dia berasa gembira kerana ditawarkan surat tawaran RMR itu bagi membantu golongan berpendapa­tan sederhana.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediaka­n kemudahan skim ini membolehka­n kita memiliki rumah dengan kos sangat rendah,” katanya.

 ??  ?? TERIMA: Ali (baris depan, tiga kiri) menyampaik­an surat tawaran RMR kepada salah seorang peserta pada majlis ringkas di Pusat Khidmat DUN Nangka, Sibu semalam.
TERIMA: Ali (baris depan, tiga kiri) menyampaik­an surat tawaran RMR kepada salah seorang peserta pada majlis ringkas di Pusat Khidmat DUN Nangka, Sibu semalam.
 ??  ?? KETUA: Dennis mengetuai pelajar dan jawatankua­sa penganjura­n program sama-sama melaungkan ikrar ‘Katakan Tidak Kehamilan Remaja’.
KETUA: Dennis mengetuai pelajar dan jawatankua­sa penganjura­n program sama-sama melaungkan ikrar ‘Katakan Tidak Kehamilan Remaja’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia