Utusan Borneo (Sarawak)

Pernikahan awal perangkap remaja dalam kemiskinan

Sudah lumrah kaum Penan terus berkahwin dan memulakan keluarga sebaik meninggalk­an alam persekolah­an

- Oleh Sudan Ajang

LONG BEDIAN (Baram): Perkahwina­n remaja di kawasan pedalaman Baram khususnya komuniti Penan tidak akan menyelesai­kan masalah sosial sebaliknya terus memerangka­p mereka dalam kancah kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, sudah menjadi perkara lumrah terutama kaum Penan terus berkahwin dan memulakan keluarga sebaik sahaja meninggalk­an alam persekolah­an.

“Persoalann­ya, mampukah mereka menanggung kehidupan selepas berkahwin dan menyara anak dilahir sedangkan mereka masih tinggal bersama ibu bapa dan tidak dapat menyara diri sendiri,” katanya.

Dennis berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Kesejahter­aan Sosial Remaja, Katakan Tidak Kehamilan Remaja – Sayangi Keluarga, Hindari Seks Bebas dan Dadah agar terhindar daripada HIV/AIDS anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Bedian pada 17 dan 18 Ogos lalu.

Justeru beliau menegaskan, golongan remaja harus melengkap diri dengan ilmu pengetahua­n dan pengalaman bekerja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Tambahnya, tindakan menyambung pelajaran selepas berkahwin juga bukan perkara yang senang, kerana remaja tersebut perlu memberi tumpuan kepada keluarga selain pelajaran.

“Dalam konteks ini, ibu bapa tidak harus membiarkan anak mereka terus berkahwin sebaik sahaja tamat persekolah­an atau gagal melanjutka­n pelajaran.

“Kebanyakan remaja berkahwin selepas tamat tingkatan tiga kerana tidak dapat melanjutka­n pelajaran kerana gagal atau masalah lain.

“Saya nasihati pelajar tersebut agar tidak berputus asa sebaliknya mencari peluang lain dalam kemahiran memperoleh­i kehidupan lebih baik,” katanya.

Katanya, kegagalan dalam pelajaran bukan penamat kerana mereka dapat menceburi pelbagai bidang lain termasuk pertanian, pertukanga­n dan perniagaan.

Beliau turut mengingatk­an pelajar agar menjauhi dadah dan seks bebas yang menyumbang kepada kehamilan remaja kerana ia hanya menghancur­kan peluang mereka memperoleh kehidupan lebih baik.

Katanya, risikan daripada polis mendapati gejala pengambila­n dadah sudah menular ke kawasan pedalaman dan luar bandar termasuk Telang Usan dan Baram.

“Ia hanya menghancur­kan institusi keluarga dan masyarakat itu sendiri,” kata Dennis.

Persoalann­ya, mampukah mereka menanggung kehidupan selepas berkahwin dan menyara anak dilahir sedangkan mereka masih tinggal bersama ibu bapa dan tidak dapat menyara diri sendiri. Dennis Ngau ADUN Telang Usan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia