Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan ketua masyarakat tanpa campur tangan ahli politik disokong

-

MIRI: Pelantikan tuai rumah dan ketua kaum di negeri ini yang akan diselaras sepenuhnya oleh pejabat residen masing-masing mendapat reaksi positif masyarakat setempat.

Salah seorang penduduk, Ding Imang Wan berkata ia adalah perkembang­an positif bagi memastikan urusan pelantikan ketua masyarakat tidak melibatkan campur tangan ahli politik.

“Jika pejabat residen yang melantik mereka ini maka proses pembanguna­n dan kemajuan sesuatu kampung akan lebih fokus bahkan suara rakyat akan terus dipanjangk­an kepada kerajaan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Pada masa sama, Ding ber- kata tanggungja­wab pejabat residen dalam melantik ketua masyarakat ini perlu telus tanpa melibatkan sebarang kepentinga­n lain.

“Kita hanya mahu suara rakyat di peringkat bawahan mendapat perhatian daripada kerajaan serta memastikan ketua masyarakat yang dilantik ini menjalanka­n tugas dengan baik,” jelasnya.

Bahkan, ia untuk memastikan ketua masyarakat baharu ini tidak terikat dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh wakil rakyat.

“Mereka sudah mempunyai peranan dan tanggungja­wab sendiri dan harapan kita agar mereka ini melaksanak­an kerja dengan baik dan berdedikas­i,” tegasnya.

Menteri Utiliti Datuk Dr Stephen Rundi Utom sebelum ini berkata kerajaan negeri sedang meneliti agar kelayakan bagi tuai rumah dan ketua kampung diselaras oleh residen masing-masing.

“Kerajaan negeri juga meneliti bagaimana untuk menentukan kelayakan individu untuk menjadi tuai rumah iaitu sekurang-kurangya pandai membaca dan sebagainya.

“Kita telah mendapat persetujua­n daripada kabinet negeri untuk membenarka­n pejabat residen menyelaras pelantikan tuai rumah dan ketua kaum, membolehka­n residen menyediaka­n kriteria betul untuk mereka,” katanya.

 ??  ?? DING
DING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia