Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Tongkat Putih tingkat kebebasan individu buta

-

SIBU: Hari Tongkat Putih dilancarka­n di sini kelmarin untuk meningkatk­an keupayaan orang buta atau cacat penglihata­n berjalan bebas dengan bantuan tongkat putih.

Ia dilancarka­n oleh penaja utama Hari Tongkat Putih Datuk Ding Lian Cheon yang juga pembeli pertama pelekat hari tersebut.

Menurut pengerusi pengelola acara tersebut Hung Sing Kai, Pertubuhan Bagi Orang Buta Sarawak ( PBOBS) Bahagian Sibu telah menganjurk­an Hari Tongkat Putih setiap tahun sebagai salah satu aktiviti tahunan mereka.

Beliau berkata pelancaran jualan pelekat Hari Tongkat Putih diterima baik dan dibeli oleh penduduk di sini terutama Penasihat PBOBS Bahagian Sibu, Ding.

“Ding menjadi penaja utama kita sejak bertahunta­hun lalu dan kami menghargai sumbangan itu.

“Setiap tahun, beliau menyumbang kepada dana pelancaran jualan pelekat Hari Tongkat Putih,” kata Hung.

Beliau berkata, tabung dan pelekat tersebut akan diagihkan kepada pelbagai sekolah menengah di sini.

“Bantuan pengetua sekolah dan guru, penjualan pelekat Hari Tongkat Putih akan dilakukan pelajar sekolah yang dilantik sahaja tetapi hanya dijalankan di kawasan sekolah sahaja bagi tujuan keselamata­n.

“Semua pelajar diminta menderma kepada orang buta kerana ini juga akan meningkatk­an kesedaran mereka untuk membantu golongan tersebut dalam mempromosi masyarakat penyayang,” katanya.

Beliau berharap penjualan pelekat tersebut akan lebih berjaya lagi pada tahun ini.

Mengenai latar belakang acara itu, katanya, ia dimulakan di Amerika Syarikat pada 1930.

Beliau berkata Hari Tong- kat Putih Peringkat Antarabang­sa diadakan pada 15 Oktober setiap tahun.

“Ia bertujuan meningkatk­an keupayaan orang buta atau cacat penglihata­n untuk berjalan secara bebas dengan bantuan tongkat putih dan menyeru orang ramai membantu dan memberi laluan kepada mereka,” katanya.

Hung juga menyebut bahawa PBOBS Bahagian Sibu telah merangka dua kempen untuk mengutip dana setiap tahun di sini iaitu jualan kupon di rumah terbuka dan jualan pelekat Hari Tongkat Putih.

Turut hadir Pengerusi PBOBS Bahagian Sibu Clarence Ting, Timbalan Pengerusi PBOBS Bahagian Sibu Datin Judy Lau, Setiausaha PBOBS Bahagian Sibu Wong Duan Ding, Bendahari PBOBS Bahagian Sibu Lang Jai Lee dan Ahli Jawatankua­sa PBOBS Bahagian Sibu Penghulu Evelyn Holly Sebom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia