Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada penipuan pengiraan harga runcit petrol, diesel

Ambil kira purata harga minyak dunia, mata wang negara

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menegaskan tiada unsur penipuan dalam kaedah pengiraan harga runcit petrol dan diesel yang dibuat secara mingguan ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pengiraan dan penentuan itu dibuat mengikut beberapa formula yang ditetapkan termasuk mengambil kira purata harga minyak dunia dan kedudukan mata wang negara.

“Perubahan harga minyak mingguan mengikut harga pasaran dunia, kalau hari ini harga minyak dunia turun tidak semestinya esok kita akan turunkanny­a kerana pengiraan sebelum penentuan harga pasaran di negara (kita) adalah mengikut purata harga (pasaran dunia) untuk seminggu.

“Selain itu juga, kami juga perlu lihat mata wang negara ketika urusan berkenaan (membeli minyak). Kalau rendah kita terpaksa membeli minyak pada harga yang mahal dan begitulah sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Jelutong di Batu Feringghi dekat sini, semalam.

Hamzah yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mengulas laporan akhbar berhubung kenaikan harga petrol sebanyak tiga kali pada bulan ini menimbulka­n tanda tanya kepada orang ramai berikutan harga minyak mentah di peringkat global didapati semakin menurun.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun dilaporkan berkata situasi tersebut jelas berlawanan antara satu sama lain dan menunjukka­n seolah-olah penurunan harga minyak mentah dunia langsung tidak memberi kesan terhadap pasaran tempatan.

Harga RON95 dan RON97 naik 4 sen seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Ogos lalu, kemudian masing-masing naik 5 sen dan 7 sen seliter pada 10 hingga 16 Ogos dan seterusnya naik lagi 3 sen bagi RON95 dan RON97 pula naik 4 sen pada 17 Ogos hingga 23 Ogos ini.

Peningkata­n harga petrol selama enam minggu berturut-turut itu menyebabka­n ramai pengguna media sosial mengeluh selain mendakwa ada stesen minyak yang menaikkan harga lebih awal.

Dalam pada itu, Hamzah berkata pihaknya juga tidak pernah menyorokka­n sebarang maklumat berhubung penentuan harga minyak petrol dan diesel yang ditetapkan setiap minggu kerana kaedah yang diguna pakai ketika ini turut diaplikasi di peringkat antarabang­sa terutama ketika urusan jual beli bahan api tersebut dijalankan.

“Percayalah, tiada penipuan dalam penentuan harga minyak petrol dan diesel malah kami juga tidak menyorokka­n maklumat sebenar kerana harga yang ditetapkan itu adalah untuk kepentinga­n seluruh rakyat jadi kerajaan akan pastikan apa sahaja progam dijalankan adalah menguntung­kan rakyat,” katanya. — Bernama

Selain itu juga, kami juga perlu lihat mata wang negara ketika urusan berkenaan (membeli minyak). Kalau rendah kita terpaksa membeli minyak pada harga yang mahal dan begitulah sebaliknya. Datuk Seri Hamzah Zainuddin Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia