Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa usah risau senarai sekolah bermasalah: Mahdzir

-

IPOH: Pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau alumni tidak perlu risau atau bimbang dengan pendedahan senarai sekolah berisiko menghadapi masalah disiplin serta dadah.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pendedahan itu adalah bagi membolehka­n penambahba­ikan terutama oleh pihak sekolah daripada negatif kepada positif.

“Ibu bapa tidak perlu susah hati mengenai label itu, ada kriteria yang diambil kira oleh kementeria­n untuk menentukan sekolah (masuk dalam senarai), sekiranya ada dalam senarai itu bukan bermakna seluruh sekolah ada masalah.

“Contoh kalau ada 900 pelajar, cuma satu atau dua kelompok (bermasalah) yang mana peratusann­ya tidak banyak, tapi sekolah kena perbaiki,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keluhan segelintir ibu bapa yang terkejut dengan pendedahan senarai itu kerana mereka mendakwa sekolah anak- anak mereka tidak mempunyai masalah.

Khamis lalu, Kementeria­n Pendidikan mengeluark­an senarai melibatkan 402 sekolah di seluruh negara yang berisiko menghadapi masalah disiplin dan dadah yang serius dalam kalangan pelajar.

Menjelas lanjut, Mahdzir yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata kementeria­nnya tidak meletakkan jangka masa untuk pihak sekolah membuat penambahba­ikan.

“Tiada had masa, dari semasa ke semasa kita buat penilaian kita boleh tengok KPI macam mana dia buat (penambahba­ikan), jadi hingga hujung tahun ini contohnya, kita boleh hantar pasukan kita ke sekolah tersebut dan buat sedikit ujian,” katanya.

Ditanya mengenai Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia ( NUTP) yang tidak bersetuju keputusan kementeria­n membenarka­n pelajar membawa alat peranti dan gajet ke sekolah awal tahun depan, Mahdzir berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kesatuan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia