Utusan Borneo (Sarawak)

Adakan lebih banyak kempen kesedaran keselamata­n warga emas, saran MCPF

-

KUALA LUMPUR: Kempen meningkatk­an kesedaran tentang keselamata­n warga emas perlu lebih banyak diadakan bagi membantu mengurangk­an kes jenayah terhadap mereka, terutama yang tinggal bersendiri­an, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata pihak berkuasa dan orang ramai perlu memainkan peranan dengan berkongsi maklumat mengenai trend jenayah terkini dan modus operandi supaya warga emas tidak menjadi mangsa.

Selain mudah ditipu, warga emas umumnya lebih lemah dan tidak berupaya memper- tahankan diri dengan baik menyebabka­n mereka sering menjadi sasaran mudah penjenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan kesedaran tentang teknik pencegahan boleh membantu warga emas mengenal pasti situasi yang boleh mengundang jenayah dan mengambil tindakan positif bagi mengurangk­an risiko, sekali gus membolehka­n mereka hidup dengan tenang dan bahagia.

“Sebagai contoh, jika jenayah berlaku kepada warga emas, adalah lebih baik mereka tidak melawan kerana ia boleh menyebabka­n kecederaan serius dan kematian. Mereka harus berte- nang dan cuba mengingati ciri-ciri fizikal suspek dan menghubung­i polis sebaik sahaja selamat untuk berbuat demikian,” katanya.

Mereka juga seharusnya tidak mudah mempercaya­i orang tidak dikenali dan mengambil langkah keselamata­n seperti memastikan tingkap dan pintu sentiasa berkunci serta menghubung­i ahli keluarga atau jiran jika mengesyaki sesuatu yang tidak kena, katanya.

Lee berkata kesedaran mengenai jenayah terhadap warga emas ini penting memandangk­an unjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu bahawa Malaysia akan menjadi ‘negara tua’ menjelang 2030. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia