Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga mangsa hilang dokumen diri akibat kebakaran dibawa ke JPN

-

MIRI: Tiga daripada tujuh sekeluarga hilang dokumen pengenalan diri akibat hangus dalam kebakaran rumah Sabtu lepas akan dibawa ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) hari ini (21 Ogos) untuk membuat permohonan semula kad pengenalan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin berkata pihaknya turun membantu membuat permohonan semula surat beranak ketujuh-tujuh mangsa kebakaran tersebut setelah dokumen itu turut hangus dalam kejadian tersebut.

“Bantuan kewangan disampaika­n kepada keluarga ini untuk membeli keperluan mereka di samping beberapa barang lain seperti bahan mentah makanan.

“Saya akan menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang membantu keluarga ini termasuk bantuan mendirikan semula rumah mereka kelak,” katanya ketika ditemu bual pemberita di rumah mangsa kebakaran di Lorong Piasau Utara 1H semalam.

Turut hadir pada lawatan Lee tersebut adalah pembantu khas beliau Erick Chin dan Pasukan Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin.

Kesemua mangsa kebaka- ran ini ditempatka­n di Balai Raya Piasau Utara buat sementara waktu dan pihak Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) turut memberi bantuan awal berupa keperluan tidur seperti tilam dan bantal untuk kegunaan mereka.

Pada kejadian Sabtu lepas, sekeluarga ini dikejutkan dengan kebakaran di rumah mereka pada kira-kira jam 4 pagi.

Kesemua mangsa berjaya menyelamat­kan diri daripada hangus dijilat api namun tidak sempat menyelamat­kan barangan penting ekoran kebakaran berlaku begitu pantas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia