Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Salak sentiasa di hati kerajaan BN

Setiap pembanguna­n dijalankan sentiasa diberi keutamaan kepada kampung ini, termasuk keperluan asas

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Kampung Salak di sini yang terletak dalam kawasan bandar dan dipisahkan oleh sungai, sentiasa dekat di hati kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mana tidaknya, setiap pembanguna­n yang dijalankan sentiasa diberi keutamaan kepada kampung itu, termasuk usaha menyediaka­n keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih, khasnya.

Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sudah menjadi tanggungja­wab kerajaan menyediaka­n segala kemudahan asas di kawasan penempatan rakyat.

“Sejak awal tahun lalu, bekalan elektrik telah disambungk­an di kampung ini malah dalam tempoh terdekat kampung ini juga akan disalurkan dengan bekalan air paip bersih sekali gus melengkapk­an keperluan harian masyarakat di kampung ini.

“Selain itu, buat masa ini, saya juga sedang berusaha membawakan kemudahan telekomuni­kasi ke sini yang mana dengan adanya kelengkapa­n kemudahan- kemudahan ini, ia akan memberi manfaat besar kepada semua

Sejak awal tahun lalu, bekalan elektrik telah disambungk­an di kampung ini malah dalam tempoh terdekat kampung ini juga akan disalurkan dengan bekalan air paip bersih sekali gus melengkapk­an keperluan harian masyarakat di kampung ini.

penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Program XPDC Siswa Kenyalang di Kampung Salak anjuran Pertubuhan Halaqah Kemajuan Muslim Sarawak (HIKAM) di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai itu juga memberitah­u, kemudahan telekomuni­kasi juga kini sama penting dengan kemudahan elektrik dan air, selari dengan saranan kerajaan untuk memperkasa­kan liputan telekomuni­kasi di seluruh pelosok tempat di negeri ini.

Mengenai Program XPDC Siswa Kenyalang di Kampung Salak itu, Dr Abdul Rahman amat menyambut baik penganjura­nnya dan akan terus menyokong penganjura­n program seumpama itu pada masa akan datang.

“Pemilihan program ini untuk diadakan di Kampung Salak bukan sekadar pilihan rambang tetapi saya percaya ia dipilih mengambil kira dasar untuk memberi pengalaman kepada para peserta mahasiswa kita untuk sama-sama membangunk­an masyarakat setempat daripada pelbagai sudut termasuk dari sudut pendidikan, sahsiah diri, ekonomi, keusahawan­an dan banyak lagi,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menjelaska­n bahawa program seperti itu juga mampu menjalinka­n hubungan silaturahi­m antara semua pihak terlibat selain mengukuhka­n lagi pertalian yang sudah lama terjalin.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau menegaskan kepada penduduk kampung daripada kalangan anak-anak muda, khususnya agar memberi tumpuan penuh dalam aspek pendidikan.

“Apabila anda (anak muda) memiliki pendidikan tinggi, maka akan menjadi lebih mudah untuk menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang,” ujarnya.

Antara agensi yang terlibat dalam program tersebut termasuk Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Jabatan Pertanian Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

Turut bekerjasam­a ialah Ikatan Graduan Melayu Sarawak ( IGMS), Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), Jabatan Hutan Sarawak dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) Wilayah Sarawak.

Kampung Salak dipilih bagi melaksanak­an program tersebut kerana ia terletak di kawasan pulau yang mempunyai penduduk dan menjalanka­n kehidupan serta berupaya menjana ekonominya sendiri.

Malah ia bertujuan menggemble­ng tenaga kirakira 50 mahasiswa yang kembali bercuti semester untuk turut serta dalam aktiviti sukarelawa­n dalam gerak kerja kemajuan dan kebajikan masyarakat.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (duduk, tengah) merakam kenangan bersama barisan peserta Program XPDC Siswa Kenyalang di Kampung Salak, Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (duduk, tengah) merakam kenangan bersama barisan peserta Program XPDC Siswa Kenyalang di Kampung Salak, Kuching, semalam.
 ??  ?? PENYERAHAN BANTUAN: Lee (lima kiri) dan Erick (enam kanan) menyerahka­n bantuan kewangan bagi membantu mangsa kebakaran di Piasau Utara.
PENYERAHAN BANTUAN: Lee (lima kiri) dan Erick (enam kanan) menyerahka­n bantuan kewangan bagi membantu mangsa kebakaran di Piasau Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia