Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan perbesar isu siapa layak terima baucar pakaian seragam Yayasan Sarawak

-

LONG BEDIAN (Baram): Ibu bapa yang anak mereka tidak layak menerima bantuan baucar pakaian seragam daripada Yayasan Sarawak dinasihati tidak membesarka­n perkara itu sehingga menjadi satu isu.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, pemberian baucar itu dibuat berdasarka­n senarai perisian program e-Kasih, bukannya dibuat secara pilih kasih sama daripada pihak sekolah atau Yayasan Sarawak.

“Ia mustahil untuk memberi kepada lebih 20,000 murid di seluruh negeri dengan peruntukan RM4 juta untuk program ini.

“Sehubungan itu, saya berharap ibu bapa faham dan tidak mempersoal­kan sebab anak mereka tidak mendapat bantuan baucar pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Baucar Pakaian Seragam kepada 49 murid daripada enam sekolah di Telang Usan, Baram baru- baru ini.

Jelasnya, tindakan mempertika­ikan bantuan ini diberikan berdasarka­n pilih kasih adalah tidak adil kerana peruntukan terhad.

Dennis menambah, enam sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bedian, SK Long Atip, SK Long Kevok, SK Long Loteng, SK Long Bemang dan SK Long Wat.

Beliau menambah, bantuan itu membuktika­n komitmen tinggi kerajaan melalui Yayasan Sarawak untuk mem- bantu murid sekolah yang berkelayak­an.

Di bawah program itu, setiap murid menerima baucar bernilai RM200 untuk membeli pakaian seragam sekolah daripada peserta outlet di seluruh negeri.

Dennis turut mengingatk­an penerima bahawa baucar berkenaan tidak boleh ditukar dengan wang, justeru ibu bapa perlu menyediaka­n wang tambahan sekiranya kos melebihi nilai baucar.

“Saya berharap bantuan ini dapat meringanka­n beban ibu bapa dan pada masa sama menggalak anak mereka belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut yang diadakan di Dewan Masyarakat Long Bedian ialah Pegawai Tadbir Kanan Ezra Uda dan Timbalan Pegawai Pendidikan Marudi Jalong Wan.

 ??  ?? TELITI: Dennis dan Jalong (kiri) meneliti baucar yang diterima oleh salah seorang murid dari SK Long Bedian.
TELITI: Dennis dan Jalong (kiri) meneliti baucar yang diterima oleh salah seorang murid dari SK Long Bedian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia