Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG organisasi signifikan, penting terhadap perkembang­an sekolah

-

SRI AMAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembang­an sesebuah sekolah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungja­wab PIBG di sekolah memberi kesan kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi saluran atau perantaraa­n mencetuska­n hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlan­gan.

“Kecemerlan­gan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring.

“Oleh itu, saya menyeru supaya kita berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran membangun dan memajukan PIBG demi kecemerlan­gan pendidikan anak-anak kita,” katanya pada Hari Permuafaka­tan PIBG Sekolah Ke- bangsaaan (SK) Melugu, di sini semalam.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata wawasan pendidikan amat menitikber­atkan pan- dangan dan masa depan.

Justeru, untuk merealisas­ikan hasrat dan wawasan pendidikan itu maka salah satu strategi dilaksanak­an dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa.

“Peranan dan hubungan baik antara ibu bapa, guru dan masyarakat seharusnya sentiasa terjalin bagi mewujudkan permuafaka­tan dalam menjana kecemerlan­gan sekolah,” jelasnya.

Justeru, PIBG perlu bergerak aktif dan terancang agar kewujudann­ya dapat memberi sumbangan lebih bermakna ke arah kecemerlan­gan yang diharapkan.

“Budaya ilmu dan kerja cemerlang perlu dipupuk dan disemai agar PIBG terus relevan dan menjadi penyumbang kepada kecemerlan­gan pendidikan anak-anak,” katanya.

Hadir sama Guru Besar SK Melugu Loius Aom serta guru lain.

Pada majlis itu, Masir mengumumka­n peruntukan berjumlah RM50,000 kepada SK Melugu bagi 2018 untuk menjalanka­n aktiviti mereka.

 ??  ?? RASMI: Masir (tiga kiri) memotong reben sambil diperhatik­an Loius (dua kiri) serta Exco PIBG ketika merasmikan program itu semalam.
RASMI: Masir (tiga kiri) memotong reben sambil diperhatik­an Loius (dua kiri) serta Exco PIBG ketika merasmikan program itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia