Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Pidato Terbuka Piala William Mawan 6-8 Okt

-

KABONG: Pertanding­an Pidato Terbuka Piala YB Tan Sri William Mawan Ikom Peringkat Kebangsaan 2017 merebut berlangsun­g dari 6 hingga 8 Oktober akan datang.

Pertanding­an tersebut bakal menyaksika­n persaingan peserta dalam dua kategori iaitu sekolah rendah dan menengah.

Pengelolaa­n pertanding­an ini diamanahka­n kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong.

Peserta muncul juara akan menerima hadiah berupa sebuah piala pusingan, piala iringan, wang tunai dan sijil Penyertaan.

Manakala naib johan dan tempat ketiga menerima hadiah berupa piala, wang tunai dan sijil penyertaan.

Sementara itu, bagi peserta berjaya ke peringkat separuh akhir turut menerima piala iringan dan sijil penyertaan.

Jurucakap penganjur, Nazmi Jaafar berkata setiap sekolah dibenarkan menghantar maksimum dua peserta bagi setiap kategori dengan setiap seorang penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM100.

“Untuk kategori sekolah rendah peserta mesti berumur antara 10 hingga 12 tahun iaitu terdiri daripada murid tahun empat, lima dan enam.

“Bagi kategori sekolah menengah peserta terdiri mesti berumur dari 14 hingga 16 tahun iaitu melibatkan pelajar tingkatan dua, tiga dan empat.

“Setiap pemidato terlebih dahulu alam bertanding dalam pusingan awal iaitu peringkat saringan.

“Peserta berjaya melepasi peringkat saringan layak ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Nazmi berkata, pidato wajib sekolah rendah diperuntuk­kan masa lima minit manakala pidato spontan diberi masa tiga minit.

Dalam pertanding­an akhir, peserta boleh memilih salah satu daripada tajuk pidato wajib pernah disampaika­n sebelum itu.

“Setakat ini penyertaan sekolah menengah begitu baik dengan 21 penyertaan diterima melibatkan sekolah dari seluruh Malaysia.

“Hanya satu sahaja ruang penyertaan sekolah menengah manakala penyertaan sekolah rendah masih dibuka untuk dua peserta sahaja lagi,” katanya.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Nazmi selaku penyelaras teknikal di talian 013- 3761471 atau Harmi Mohd Jamil sebagai penyelaras teknikal penghakima­n di talian 012-2154945. Orang ramai juga boleh melayari http://belajardeb­at.blogspot. com untuk mendapatka­n maklumat berkaitan.

 ??  ?? TERBUKA: Pertanding­an Pidato Terbuka Piala Tan Sri YB William Mawan Ikom Peringkat Kebangsaan 2017.
TERBUKA: Pertanding­an Pidato Terbuka Piala Tan Sri YB William Mawan Ikom Peringkat Kebangsaan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia