Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Kelantan tahan 28 nelayan Vietnam

-

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 28 nelayan warga Vietnam selepas didapati menangkap ikan secara haram di perairan negara malam kelmarin.

Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata suspek yang berumur di antara 17 dan 53 tahun itu ditahan kira- kira 96 batu nautika dari muara Tok Bali, kira- kira jam 10 malam.

Nurul Hizam berkata nelayan berkenaan cuba melarikan diri dengan memadam lampu dan menggunaka­n pendaftara­n bot nelayan tempatan untuk mengaburi pihak berkuasa ketika ditahan Kapal KM Jujur yang diketuai Pegawai Memerintah Lt Kdr Maritim Ahmad Faez Mat Ghani yang menjalanka­n rondaan di bawah ‘Ops Marikh’.

“Kesemua nelayan bersama bot mereka ditunda ke jeti Maritim Malaysia Kelantan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1995 dan Akta Imigresen iaitu menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran dan akan direman selama dua minggu bermula hari ini (semalam),” katanya pada sidang akhbar di pangkalan APMM di sini, semalam.

Nurul Hizam berkata mereka juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

B e l i a u b e r k a t a pihaknya turut merampas 10,000 liter minyak diesel bernilai lebih RM100,000 dan 11 tan metrik ikan pelbagai spesies dianggarka­n berjumlah RM1.5 juta. — Bernama SHAH ALAM: Perintah reman terhadap seorang pengurus perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) disambung lima hari lagi untuk disiasat berhubung kes rasuah serta salah guna kuasa berkaitan bayaran kontrak tuntutan kerja pembersiha­n.

Mahkamah Majistret Shah Alam semalam membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) itu, mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, terhadap pengurus berumur 40 tahun itu.

Perintah reman itu dikeluarka­n oleh Penolong Kanan Pendaftar, Siti Suriatey Mohamed Yusoff.

Sumber SPRM berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanap­un, enam kontraktor lain yang direman bersama- sama pengurus itu pada Rabu lalu, dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Pengurus itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kontraktor sejak 2014 sehingga tahun ini, sebagai balasan mengurangk­an pemotongan tuntutan bayaran ke atas kontrak kerja-kerja pembersiha­n yang dilakukan oleh kontraktor terbabit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia