Utusan Borneo (Sarawak)

Kes tembak polis mungkin guna pembunuh upahan

Penembak dari negara asing diupah oleh kongsi gelap

-

KUALA LANGAT: Seorang anggota bomba maut apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah kren di Kilometer 12 Jalan Bukit ChanggangK­LIA menghala ke Banting, petang kelmarin.

Mangsa, Mohd Zulkhairul Harun, 41, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kecederaan parah akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.25 malam itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu mangsa melanggar bahagian belakang kanan kren yang diletakkan di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada 9.15 malam akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Azizan, ketika kejadian jalan raya tersebut berada dalam keadaan baik. — Bernama TELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkina­n pembunuh upahan diguna dalam insiden seorang pegawai rendah polis maut ditembak di Taman Sri Hosba, Changlun di sini, Jumaat lepas.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis percaya kemungkina­n penembak upahan dari negara asing diupah oleh kongsi gelap dalam kes tersebut.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff telah mengemas kini semua maklumat kepada beliau.

“Walaupun mungkin (ada) penembak upahan dari luar negara, tetapi dengan kerjasama Bantuan Perundanga­n Bersama dan kerjasama perkongsia­n maklumat perisikan, kita akan cari sehingga peroleh dan tangkap, bawa ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di sini, semalam.

Walaupun mungkin (ada) penembak upahan dari luar negara, tetapi dengan kerjasama Bantuan Perundanga­n Bersama dan kerjasama perkongsia­n maklumat perisikan, kita akan cari sehingga peroleh dan tangkap, bawa ke mahkamah.

Dalam kejadian jam 10.25 malam itu, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat daripada enam das tembakan yang dilepaskan ke arahnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa, turut berjanji akan membantu mereka selain melakukan yang terbaik baik demi membela kematian anggota polis berkenaan.

“Kita akan usahakan yang terbaik buat keluarga mangsa dan kita akan pergiatkan gerakan memburu ahli kongsi gelap seluruh negara.

Polis Diraja Malaysia sentiasa jalankan tindakan, tidak ada hari tanpa penguatkua­saan,” katanya.

Beliau turut memuji komitmen anggota polis untuk menurunkan indeks jenayah di negara ini walaupun sedar risiko yang dihadapi termasuk ketika sedang bercuti.

Di SINTOK, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis masih menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengetahui motif sebenar kejadian pegawai rendah polis itu maut ditembak.

Beliau berkata tiga lelaki berusia antara 30 hingga 36 tahun telah ditahan polis secara berasingan untuk membantu siasatan kes berkenaan setakat ini.

“Kita sedang menyiasat secara terperinci apakah motif- motif ( kes tembak itu). Seorang lelaki ditahan pada hari pertama (kejadian) manakala dua lagi lelaki ditahan semalam yang datang menyerah diri kepada polis secara berasingan. Ketigatiga suspek ini dipercayai (dan) diyakini dapat membantu siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaia­n sijil pelantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam Ke13 tahun ini di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Turut serta Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata pihaknya tidak menolak kemungkina­n terdapat beberapa individu lagi akan ditahan berhubung kes itu setelah siasatan lanjut dijalankan ke atas tiga lelaki berkenaan. — Bernama

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia