Utusan Borneo (Sarawak)

Isa Samad dibebas semalam selepas direman lima hari

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini semalam membebaska­n bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas direman lima hari sejak Rabu lepas bagi membantu siasatan kes pembelian hotel Felda Investment Corporatio­n (FIC) di Kensington, London.

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang mengendali­kan prosiding itu membenarka­n Mohd Isa, 68, dibebaskan dengan jaminan RM150,000 dengan dua penjamin.

Mohd Isa kelihatan tersenyum sebaik keluar dari bilik bicara mahkamah pada kirakira jam 10.45 pagi, disambut sorakan gemuruh para penyokongn­ya di pekarangan Mahkamah Majistret Putrajaya. Beliau juga kelihatan bersalam- salaman dengan mereka.

Mohd Isa yang berbaju lokap SPRM berwarna jingga dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira jam 9.50 pagi, dengan lebih 100 penyokong serta anggota keluarga termasuk isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang menunggu beliau sejak jam 9 pagi.

Datuk K.Kumaraendr­an yang mengetuai pasukan peguam yang mewakili Mohd Isa berkata Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) tidak memohon lanjutan tempoh reman berikutan anak guamnya telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan itu.

Beliau yang ditemui pemberita selepas prosiding itu menekankan bahawa Mohd Isa hanya ditahan bagi mem- bantu siasatan dan bukan sebagai suspek kes itu.

Kumaraendr­an berkata Mohd Isa juga bersedia dipanggil sebagai saksi jika terdapat sebarang pendakwaan dalam kes tersebut.

Selain Kumaraendr­an, Mohd Isa turut diwakili peguam Dev Kumaraendr­an, Ridha Ahdar Subry, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Lavina Kumarendra­n dan Datuk N. Sivanantha­n.

Mohd Isa ditahan kira-kira jam 4.30 petang Selasa lepas selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Penyiasata­n kes dipercayai berhubung penyalahgu­naan kedudukan dalam kes pembelian hotel di London antara 2014 dan 2015. Kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 16 Akta SPRM 2009. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBEBASKAN: Isa bersalaman dengan penyokongn­ya semasa keluar dari Mahkamah Majistret selepas tempoh reman selama lima hari berakhir di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama DIBEBASKAN: Isa bersalaman dengan penyokongn­ya semasa keluar dari Mahkamah Majistret selepas tempoh reman selama lima hari berakhir di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia