Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Johor tahan pekerja pusat hiburan, rampas dadah RM630,950

-

JOHOR BAHRU: Polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar serta memproses dadah di bandar raya ini, dalam operasi di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Lukas Aket berkata suspek berusia 40 tahun itu dipercayai menjadikan pusat hiburan tersebut yang juga tempat kerjanya sebagai pusat penyimpana­n dadah.

“Dalam serbuan 2.30 pagi itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang boleh menampung kegunaan kira-kira 20,000 penagih dengan nilai dianggar sekitar RM630,950 selain peralatan dan bahan memproses dadah,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Lukas berkata suspek dipercayai aktif mengedar dadah di pusat-pusat hiburan di sekitar bandar raya ini.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut terhadap suspek turut mendapati lelaki berkenaan positif dadah.

Suspek yang tidak mempunyai rekod lampau akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Sementara itu, Lukas berkata bagi Januari lalu hingga kini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor telah menahan 11,205 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk membekal, memiliki dan men- jadi pengguna.

Berat keseluruha­n dadah yang dirampas ialah 1,371.91 kilogram dengan nilai kira-kira RM37.93 juta, katanya.

Selain itu, beliau berkata seramai 69 individu ditahan mengikut Kaedah- Kaedah Dadah Berbahaya (LangkahLan­gkah Pencegahan Khas) 1985. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CECAIR EKSTASI: Lukas (tiga kanan) menunjukka­n cecair ekstasi pekat berperisa mangga yang dirampas, ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, semalam.
— Gambar Bernama CECAIR EKSTASI: Lukas (tiga kanan) menunjukka­n cecair ekstasi pekat berperisa mangga yang dirampas, ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia