Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia tubuh RCI siasat peristiwa Memali

Peristiwa tersebut menjadi isu, keadilan mesti ditegakkan

-

TAIPING: Kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja ( RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keadilan perlu ditegakkan dan orang yang bertanggun­gjawab terhadap peristiwa itu mesti dipertangg­ungjawabka­n.

“Saya selaku Menteri Dalam Negeri akan meneliti sendiri semua laporan mengenai peristiwa tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata dalam menegakkan undang-undang semua pihak perlu mengetepik­an perbezaan politik.

Peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 menyaksika­n 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarka­n operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Ahmad Zahid berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dalam bukunya bertajuk ‘Frankly

Saya selaku Menteri Dalam Negeri akan meneliti sendiri semua laporan mengenai peristiwa tersebut. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Speaking’ ada menyebut bahawa beliau mendapat arahan untuk menghapusk­an Kampung Memali kerana terdapat unsur keganasan dan militan yang dilakukan oleh pemimpin PAS. Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pemimpin yang mendakwa dirinya tiada dalam negara ke- tika tragedi tersebut berlaku, diminta mengakuiny­a.

“Peristwa Memali telah berlalu lebih dua dekad, namun kita harus ingat mangsa, keluarga, anak-anak yatim yang meninggal dunia dinafikan hak oleh pemerintah ketika itu.

“Akibatnya ia kini menjadi isu kerana darah dan nyawa yang hilang dipandang mudah oleh orang yang melaksanak­an kuasa, tetapi tidak mudah dilupakan oleh mangsa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Ahmad Zahid ceria bergambar bersama kepimpinan UMNO Bukit Gantang selepas perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Majlis Pembandara­n Taiping (MPT), dekat Taiping, semalam. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bukit...
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Ahmad Zahid ceria bergambar bersama kepimpinan UMNO Bukit Gantang selepas perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Majlis Pembandara­n Taiping (MPT), dekat Taiping, semalam. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bukit...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia