Utusan Borneo (Sarawak)

BN Kelantan teliti senarai pendek calon PRU14

-

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan sedang meneliti senarai pendek calon yang mampu memberi kemenangan kepada BN di setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusin­ya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

M u s t a p a , y a n g juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan, berkata ia bagi memastikan BN mendapat jumlah kerusi maksimum terutama di DUN bagi membentuk kerajaan di Kelantan.

“Calon masih ‘yang mampu menang’, cuma kali ini, kita lebih teliti dan definisiny­a lebih luas ( berbanding PRU13).

Senarai calon ini dibawa kepada pucuk pimpinan pada tahun lepas lagi.

“Ada lebih dua calon disenaraik­an di setiap kawasan (Parlimen dan DUN) negeri dan saya akan jumpa setiap ketua bahagian dalam masa terdekat bagi membincang­kan dengan lebih terperinci (mengenai calon),” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat BN Kelantan dan Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan di sini, semalam.

Beliau berkata, senarai calon masih itu merangkumi calon baharu dan lama serta memberi peluang kepada golongan wanita bertanding pada pilihan raya umum itu nanti.

Mustapa, yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, berkata BN Kelantan sentiasa bersedia berdepan dengan apa juga cabaran daripada pembangkan­g.

“Kita tak boleh ramal apa yang berlaku.

Khabar angin menyatakan bukan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sahaja yang nak berbaik dengan PAS, malah Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) juga. “Kalau hari ini (ramalannya) begini, hari esok mungkin lain pula.

Bagaimanap­un, kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkina­n,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata pengundi luar masih menjadi faktor kemenangan setiap parti yang bertanding di negeri ini dan BN Kelantan akan terus berusaha mendekati kumpulan itu menerusi pelbagai program yang disusun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Mustapa (kanan) mengadakan sidang media selapas mempengeru­sikan Mesyuarat BN Negeri Kelantan di Bangunan UMNO negeri dekat Kota Bharu, semalam. Hadir sama Naib Pengerusi BN Kelantan Datuk Tan Ken Ten (tengah) dan Setiausaha BN Negeri Datuk...
— Gambar Bernama JAWAB: Mustapa (kanan) mengadakan sidang media selapas mempengeru­sikan Mesyuarat BN Negeri Kelantan di Bangunan UMNO negeri dekat Kota Bharu, semalam. Hadir sama Naib Pengerusi BN Kelantan Datuk Tan Ken Ten (tengah) dan Setiausaha BN Negeri Datuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia