Utusan Borneo (Sarawak)

Shahrizat mahu gerak kerja Wanita ikut pendekatan sesuai bagi pengundi

-

PEKAN: Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mahu semua peringkat sayap itu melaksanak­an gerak kerja mengikut pendekatan bersesuaia­n dalam meraih perhatian pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau berkata pendekatan berbeza perlu dilakukan dengan mengambil kira kelompok pengundi di kawasan masing-masing.

“Saya menekankan kepada jentera Wanita supaya menggunaka­n pendekatan berbeza setiap kali mendekati pengundi.

“Jika bertemu dengan penjawat awam, kita perlu ada cara berdepan dengan mereka, begitu juga kalau bertemu pengundi di bandar dan luar bandar termasuk Orang Asli,” katanya semasa berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pekan di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Wanita UMNO bahagian itu Datuk Zalmah Abdul Rahman.

Selain itu, Shahrizat mengingatk­an anggota UMNO agar bersedia dan bertenang serta bersabar dalam menghadapi fitnah dan tohmahan yang dilemparka­n kepada barisan kepimpinan parti.

Katanya fitnah telah menjadi “cabaran dan lumrah yang dihadapi setiap pemimpin masa kini”, khususnya menjelang pilihan raya.

“Sesiapa juga boleh kena ( tuduhan) bermacamma­cam, tapi kita tahu apa yang kita buat dan satu hari nanti kebenaran pasti akan terjawab.

“Wanita UMNO wajar mencontohi Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dalam menghadapi pelbagai cabaran sepanjang memikul tanggungja­wab sebagai Perdana Menteri dan menghadapi semua cabaran dengan penuh sabar,” katanya.

Sehubungan itu juga Shahrizat meminta anggota Wanita UMNO untuk bersama-sama menggalas tanggungja­wab menyampaik­an maklumat tepat kepada rakyat dan menjelaska­n duduk sebenar fitnah itu agar mereka tidak termakan dengan dakyah pembangkan­g. — Bernsama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia