Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan Jese lonjakkan semangat Stoke

Arsenal gagal teruskan rentak kemenangan selepas tewas 0-1 di Stadium Bet365

-

LONDON, England: Jese Rodriguez membuat permulaan yang tidak akan dilupakan di Stoke City apabila menjaringk­an gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Arsenal 1-0 di Stadium bet365 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Penyerang dari Sepanyol, yang dipinjam dari Paris Saint Germain (PSG), melakukan penyudah cantik pada minit ke- 47 untuk menewaskan skuad kendalian Arsene Wenger yang memulakan musim baharu dengan kemenangan 4-3 ke atas Leicester City minggu lepas.

Ia kekecewaan awal buat Arsenal yang memburu kejuaraan dan mereka kini ketinggala­n tiga mata di belakang Manchester United, yang mencipta kemenangan 4-0 yang kedua mereka dan Sabtu lepas di Swansea City.

“Ia malam yang sangat mengecewak­an. Saya merasakan kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringk­an gol tetapi malangnya ia tidak berlaku,” kata Wenger.

Jese, 24, hanya menyertai Stoke City Rabu lepas dan beliau dengan pantas mencuri perhatian.

Selepas menarik perhatian pertahanan Arsenal, beliau bertukar hantaran dengan Saido Berahino sebelum menewaskan penjaga gol Petr Cech.

Arsenal memikirkan mereka berjaya menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-72 dari satu rembatan Alexandre Lacazette tetapi gol itu tidak

Semua orang tahu pembelian hebat Jese. Beliau mengubah permainan. Mark Hughes Pengurus Stoke City

dibenarkan pengadil kerana ofsaid.

“Semua orang tahu pembelian hebat Jese. Beliau mengubah permainan,” kata pengurus Stoke, Mark Hughes, di mana pasukannya belum menewaskan Arsenal sejak Disember 2014.

Pada perlawanan awal, Romelu Lukaku menjaringk­an gol sekali lagi ketika Manchester United mengamuk di Swansea City kali ini.

Eric Bailly, Paul Pogba dan pemain gantian, Anthony Martial adalah penjaring gol lain di Stadium Liberty un- tuk memberikan skuad kendalian Jose Mourinho kemenangan besar kedua berturut-turut selepas membelasah West Ham United 4-0 minggu lepas.

Sadio Mane menjaringk­an gol kemenangan buat Liverpool pada minit ke-73 untuk menewaskan Crystal Palace.

Palace, yang tewas 0-3 di Huddersfie­ld Town pada perlawanan pertama mereka, mempamerka­n aksi yang lebih baik tetapi bolos apabila Mane merembat bola muntah.

Leicester City, juara liga 2016, bangkit dari kekalahan di Arsenal dengan menewaskan Brighton dan Hove Albion 2-0 di Stadium King Power menerusi gol Shinji Okazaki pada minit pertama dan tandukan Harry Maguire. Pada perlawanan lain, tendangan penalti Charlie Austin pada minit ke-93 membantu Southampto­n menewaskan West Ham United 3-2. Gol dari Manolo Gabbidini dan Dusan Tadic meletakkan Southampto­n 2-0 di hadapan tetapi pemain baharu West Ham, Marko Arnautovic dibuang padang di antara gol itu kerana menyiku Jack Stephens. West Ham bagaimanap­un mengikat kedudukan dengan dua gol Javier Hernandez sebelum Austin memastikan gol kemenangan. Robson Kanu menjaringk­an gol dan kemudian dibuang padang ketika West Bromwich Albion menang 1-0 di Burnley sementara Watford menewaskan Bournemout­h 2-0. — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Swansea City dan Manchester United. Man Utd menang 4-0. BERGAYA: Gol tunggal Jese beri Stoke City kemenangan 1-0 ke atas Arsenal di Stadium Bet365.
— Gambar Reuters — Gambar Reuters BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Swansea City dan Manchester United. Man Utd menang 4-0. BERGAYA: Gol tunggal Jese beri Stoke City kemenangan 1-0 ke atas Arsenal di Stadium Bet365.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia